Prof.Madya Dr. Syed Omar yang saya kenali adalah seorang yang pemurah, periang dan suka menolong orang. Beliau juga rajin belanja staf saya di Bahagian Pentadbiran. Beliau menjemput kami sekeluarga dan En. Hussin untuk makan ikan bakar dan kali ini bukan di Melaka tetapi di Segamat, di sebuah restoran yang beliau adalah penasihatnya (Konsultan). Selain ikan bakar, restoran ini juga menyediakan pelbagai jenis masakan lain seperti masakan ala thai, sate, aneka sup dan macam-macam lagi. Malam ni selain ikan bakar kami makan sup 'gear box'. Sungguh menyelerakan. Restoran ini terletak di IOI Segamat. Cubalah...
LIMA TAHUN MENYEPI DI BLOG
-
Hampir jam 3 pagi 30 Mac 2025, jari menari lagi di sini. Kerinduan menulis
di sini tidak dapat dibendung lagi. Maka bermulalah! Semoga lebih istiqamah.
6 days ago
No comments:
Post a Comment