Monday, November 3, 2008

AR JOHOR


Ni lah barisan AR JOHOR yang penuh bergaya..tambah-tambah lagi dua jejaka yang mengapit si Jaja. Macam pengawal peribadi. Fasha tak ada dalam gambar sebab dia di Johor Bahru.

Untuk semua kaum kerabat AR Johor khususnya saya, marilah kita berusaha dan berdoa agar kita dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dalam kerjaya ini.
psst... sesekali bergambar macam ni, rasa macam baru masuk kerja...(perasan muda lah tu...)

Friday, October 31, 2008

IKAN BAUNG SALAI MASAK LEMAK CILI API

"Rul, kami sekeluarga nak mai Segamat. Anuar nak makan ikan baung masak lemak. Anak-anak you ada tak..boleh jumpa depa.." Ok..no problem..bila nak mai..? 2 November nanti...
Saya terima panggilan daripada PM Dr. Rugayah isteri Dr. Anuar Marzuki...jiran kami semasa di Bukit 2, Perumahan Kakitangan UiTM Sabah. Bila saya terima panggilan tu, saya tak boleh menolak, saya akan usahakan dapat ikan baung masak lemak...sebabnya 'sifu' saya masak lemak cili api ialah Dr. Anuar Marzuki. Semasa kami bujang di Sabah, Dr. Anuar mengajar dan memberi resipi ketam masak lemak cili api. Ketam masa tu murah dan sememangnya 'fresh' di Sabah. Dan boleh kata ilmu yang diperturunkan tu telah berjaya saya praktikkan dengan penuh bergaya (perasan)...apa taknya, ramai dah makan hasil masakan 'air tangan saya' baik keluarga, kawan-kawan dan 'bakal keluarga mertua' (masa tu...skill kena tunjuk...he..he..he). Bila beritahu kat Dr. Rugayah perkara tu...dia tanya..''Abih..la ni hang masak dak.."Masak..masa Zura bersalin last year..seminggu I masak..itu pun anak-anak macam tak percaya. La ni tak lagi..I punya 'sifu' macamana...2 x 5 katanya...he..he..he..

Apa-apa pun terima kasihlah sudi bawa keluarga ke rumah kami. Bukan senang nak berkumpul balik macam di Sabah. Untuk memastikan apa yang dihajati oleh mereka dipenuhi, saya mohon bantuan tukang masak profesional, En.Salim yang memang terkenal juga sebagai 'pemburu baung sungai'. Semoga masakan ikan baung salai masak lemak cili api yang dihidangkan meninggalkan kenangan indah untuk persahabatan dan persaudaraan ini. Amin

TEMPAT JATUH LAGIKAN DI KENANG



Saya berkhidmat di UiTM Sabah hampir 8 tahun. Buat masa ini antara AR yang paling lama berkhidmat di sana. Sejak bujang hinggalah mempunyai 2 orang anak dan semasa saya ditawar bertukar ke UiTM Melaka, anak ketiga dalam kandungan. Berkhidmat dengan 3 orang Pengarah (Prof.Madya Hj.Baharuddin Ismail, Prof.Madya Zainuddin Osman dan Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Hj. Nasuddin Othman) dan semasa bertugas di Bahagian HEA Sabah, berkhidmat dengan 3 orang Timbalan Pengarah, (Prof.Madya Dr. Worran Kabul, Pn. Hajjah Saidah Mohd Salleh dan Prof. Madya Abdul Rahman Kimsin).


Apabila diminta untuk mewakili Prof., saya amat berterima kasih, ada ruang untuk saya berjumpa rakan lama dan mengimbau kembali nostalgia waktu di sana..dan ternyata apabila En. Masri (pemandu..katanya saya yang ambil beliau bekerja...saya tak ingat) membawa saya menyusuri bandaraya Kota Kinabalu, rasa syahdunya teringat waktu bertugas di Sabah ni...maklumlah...teringat masa bujang, saat-saat waktu bersama keluarga dan anak-anak dan dah tentunya tempat makan yang kami gemari "Tanjung Lipat Corner (TLC)".
Malam selepas kami tiba di Kota Kinabalu, UiTM Sabah meraikan tetamu jemputan di Restoran Kari Kepala Ikan...walaupun dah kenyang dengan jamuan tersebut, tetap saya singgah di TLC untuk menikmati menu kegemaran dan rasanya yang popular di kalangan mereka yang pernah berkhidmat di Sabah ni (khususnya staf UiTM)...'kepak ayam panggang".

Kepada rakan-rakan yang sempat saya jumpa,terima kasih kerana belanja makan, bagi ole-ole, kemudahan dan masih mengingati saya...Terima kasih pada Dr. Worran, En. Din., Hj. Kadir, En. Mat Zin,Awang Bakar, Pn. Janis, En. Ahmad Suman dan ramai lagi semoga Allah membalas budi baik kalian. Untuk Mr. Rubin kaulah sahabat sejati, Masri yang pinjamkan kereta, Ag Asim dan Janin bagi udang kering, Salim, Sudin, Azizah, Rapidah, Noriah, Jamal, Jamieh dan ramai lagi yang sempat saya jumpa...'Walau sedetik pertemuan itu, kesannya di hati seluas langit biru". Semoga jumpa lagi...

Wednesday, October 29, 2008

SEMINAR POLITIK MALAYSIA ANJURAN UiTM SABAH


Seminar Politik Malaysia dianjurkan oleh UiTM Sabah bermula dari 27 hingga 30 Oktober 2008. Terima kasih kepada Prof. Muhd Kamil kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menghadiri 2 seminar berkaitan semangat Melayu, pertama Kongres Permuafakatan Melayu di Persada Johor yang turut dihadiri oleh Prof. Madya Halim Ramli dan Tn. Hj. Mohd Yusof Mustapa, Timbalan Bendahari dan keduanya sebagai wakil rasmi beliau bagi seminar di Sabah ini.

Sesungguhnya pengalaman menyertai perbincangan berhubung semangat dan permuafakatan melayu amat bermakna kepada saya apatah lagi En. Mat Zin Mat Kib, Pensyarah Kanan UiTM Sabah merupakan penggerak utama kepada seminar. Beliau antara rakan perbincangan saya berhubung semangat dan ketuanan melayu.
Terima kasih kepada Pengarah UiTM Sabah, Prof. Madya Dr. Worran dan Tn Hj. Abdul Kadir Rosline Timbalan Pengarah HEP UiTM Sabah atas kesudian menjemput saya untuk duduk semeja dengan Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dalam majlis makan malam Alumni. Banyak input yang diperolehi daripada Datuk berhubung senario politik dan perkembangan kemajuan Bumiputera Sabah (khususnya Islam). Yang jelas, sebagaimana YB. Datuk Masidi nyatakan dalam ucapan perasmian Seminar, terdapat perbezaan cara mendekati akar umbi di kalangan sesetengah ahli politik dan apa yang beliau amalkan sejak beliau menjadi CEO hinggalah ke ahli politik, caranya tetap sama iaitu mendekati dan menghormati akar umbi serta bersama mereka. Selepas majlis selesai dengan sesi bergambar, YB Datuk yang menunggu kenderaan kami sampai bukan sebaliknya. Semoga Alumni UiTM Sabah terus utuh dan cemerlang di bawah kepimpinan YB Datuk dan Pengurusan UiTM Sabah

Tuesday, October 28, 2008

COLMAR TROPICALE

Bersama Prof. dan Barisan Pengacara Jemputan Nona..he..he

Suasananya nyaman dan tenang serta romantis

Acara sebelah petang selepas sesi perbincangan adalah sesi santai bersama rakan-rakan di persekitaran Colmar Tropicale yang sememangnya menarik. Cukup menarik lagi pada waktu subuh di keheningan pagi..apatah lagi bersama rakan-rakan bersiar-siar sehingga terbit matahari dengan kain pelikat cap gajah duduk..he..he..he..


BENGKEL PERJANJIAN PROGRAM 2010-2011



Bengkel perjanjian program yang menghimpunkan semua Ketua Bahagian/unit serta Koordinator Program UiTM Johor diadakan di Colmar Tropicale Bukit Tinggi pada 25 hingga 27 Oktober 2008. Bengkel selama 2 hari ini di rasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. Dr. Mustaffa Mohamed Zain. Kesemua yang hadir telah dibahagikan kepada kumpulan perbincangan mengikut keperluan perancangan Jabatan/ Bahagian masing-masing.


Timbalan Pengarah HEA, Prof. Madya Hj. Yusri Ismail menjadi tunggak utama dalam perjanjian program ini. Komitmen semua staf yang hadir amat membanggakan dan Pejabat Bendahari yang merupakan sekretariat program ini telah berjaya melaksanakan tugas khususnya mengumpul dan menyelaraskan segala maklumat yang dibuat oleh setiap kumpulan .

Monday, October 27, 2008

SALAM PERPISAHAN UNTUK TN. BADAR


Tuan Badarudin Hj. Mohd Dom, Pegawai Keselamatan Kanan sememangnya nama yang tidak asing lagi di UiTM Johor. Beliau yang mula bertugas di UiTM Johor pada 1 Jun 1995 merupakan seorang yang tegas tetapi mempunyai ruang budi bicara dan ceria. Saya kenali Tuan Badar semasa kami sama -sama berkhidmat di UiTM Sabah (awal 1990an). Dan sudah tentu banyak kenangan kami bersama dari bujang sehinggalah beliau mempunyai 3 orang anak sekarang ni. Kelompok bujang kami pada waktu itu antaranya Dr. Anuar Marzuki (Ketua Timbalan Bendahari) , Tn. Hj. Abd. Kadir Rosline (TP HEP Sabah), Prof. Madya Jasman Jaafar, En. Wan Rosline (UiTM Pahang), Prof. Madya Roslan Mokhtar,En. Abd.Rahim Shamsudin (Sarawak) dan En. Mahyuddin Mahmood (FSPU). Semasa beliau bertukar ke Johor, kesemua kami telah berkeluarga.

Tuan Badar akan bertukar ke UiTM Shah Alam kerana dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Keselamatan Kanan. Rasanya UiTM Johor kehilangan seorang pegawai yang komited dan dedikasi..dan ramai yang akan merinduinya.. saya pernah berkata pada beliau...'esok kalau kau pindah ikan-ikan kat kolam ni pun rindu pada kau..' memberi ikan makan antara rutin Tuan Badar setiap pagi yang dibuat secara sukarela...Salam perpisahan untuk Tn. Badar.. semoga murah rezeki dan dirahmati Allah sentiasa...

Saturday, October 25, 2008

MAJLIS PENUTUPAN KO
















Majlis penutupan ko kurikulum diadakan pada 23 oktober 2008. Pertama kali pakai pakaian seragam Pegawai Kehormat Kesatria pada tahun ini. Dulu masa belajar di UiTM, ambil ko sukan (ping-pong) dan masa di UUM ko-kurikulum keroncong...he..he..ingat lagi masa tu diberi tanggungjawab main double-bass (tak pernah pegang pun alat muzik-apa lagi gitar kapok). Selama ambil ko keroncong bolehlah main gitar sikit-sikit untuk hiburkan diri sendiri...Berbalik pada cerita pakaian seragam tadi, macam Prof juga, terpaksa pinjam staf unit Kesatria untuk betulkan pakaian seragam yang dipakai. En. Shamsuri le yang banyak membantu. Staf yang ada pun gelak khususnya Jaja...maklumlah dulu dia ko Kesatria..."nak ikat tali kasutpun tak tahu ni Ja..."kalau ada En. Hussin mesti dia gelak tengok Sam betulkan pakaian seragam saya"..Persembahan penutupan ko memang menarik...saya sempat juga berbisik pada Tuan Juhari, Pegawai Ko Kurikulum, "sketsa rumah terbakar lepas tu bomba datang, JPA 3 dan PBSM hampir setiap semester ada..mungkin lain kali kena tukar cara menyelamat kepada sketsa yang lain...mungkin cerita menyelamat di bangunan tinggi ke, ular sawa ataupun kemalangan jalanraya yang ada cerita menyelamat melibatkan ketiga-tiga badan beruniform berkenaan. Nampaknya macam Tuan Juhari bersetuju dengan cadangan itu.

Thursday, October 23, 2008

JAMUAN RAYA ANJURAN STAF YANG NAIK PANGKAT


Sebahagian daripada staf yang dinaikkan pangkat 2007/2208

Jamuan raya ini diadakan pada 22hb oktober 2008. Ia diadakan diperkarangan Masjid Asyakirin. Seramai 19 orang yang dinaikkan pangkat telah berkongsi rezeki yang mereka perolehi dengan sepakat mengadakan jamuan kesyukuran untuk staf UiTM Johor. Ia dilhamkan oleh En. Muhamad Sukor Jaafar, Pensyarah Gred 52 yang juga merupakan Ketua Unit Kualiti UITM Johor.

Sunday, October 12, 2008

JAMUAN HARI RAYA UiTM JOHOR




Jamuan hari raya UiTM Johor disambut meriah pada kali ini. Sebahagian kos kewangan jamuan hariraya ini datangnya daripada sumbangan peribadi Ybhg Pengarah sendiri. Kehadiran staf UiTM Johor yang telah bersara, Staf Kampus Larkin, kanak-kanak tadika UiTM serta Ketua CITU dan rakan Auditor dari PTAR Shah Alam amat bermakna apatah lagi menu jamuan ini disediakan secara gotong royong (rewang) di kalangan staf. 100 ekor ayam golek yang dibakar panas di kawasan jamuan menjadi tarikan utama. Sebanyak 20 cabutan bertuah dengan hadiah hamper hariraya disediakan dan 7 ekor ayam golek telah diberikan kepada staf dalam cabutan nama bertuah. Persembahan zapin anak-anak tadika juga menarik dan menghiburkan. Dalam majlis berkenaan panggilan telefon 'on air' dibuat secara langsung dengan YB Dr. Shaharudin ADUN Jorak yang juga bekas Pengetua UiTM Johor serta En Hasmad, mantan Timbalan Pengarah HEA UiTM Johor yang sekarang ini berkhidmat di UiTM Kedah untuk menyampaikan ucapan salam aidil fitri kepada semua staf yang hadir.