Sunday, October 16, 2011

HARI KELUARGA PUSAT PERANCANGAN STRATEGIK


Hari keluarga Pusat Perancangan Strategik disambut meriah di A Famosa Melaka. Sebagai penasihat program ini saya amat berpuashati dan berterima kasih sangat-sangat atas kesungguhan kesemua ahli Jawatankuasa yang diketuai oleh Saudara Kamal Mustakim bagi memastikan keseluruhan program berjalan lancar. Dah memang kami sekeluarga suka bergambar, mana ada ruang yang menarik, di situlah kami bersantai...klik...klik...klik...



Kehadiran Prof. Dr. Zaini Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang juga merupakan bos kami sememangnya ditunggu khususnya oleh AJK yang bertungkus lumus menyediakan pelbagai acara dan hadiah yang menarik bagi program hari keluarga ini.
Inilah sebahagian daripada hadiah yang disediakan... antaranya barangan elektrik dan hamper...
Acara Sukaneka


Terompah gergasi...dah jadi acara wajib mana-mana hari keluarga agaknya...




Boling buah kelapa


Kuiz suka-suka...seronok anak saya dapat hadiah




Tahniah...Dr. Nazip dapat hadiah kipas...

Tahniah...Pn. Zakiah dapat microwave oven


Tahniah Wan...hadiah utama...handphone jenama samsung

Saya dapat juga...

Aksi-aksi sukaneka
Aksi pro...he...he...he...
























Santai di kolam...














Aksi sukaneka 2...ni baru betul lari dalam guni...bukan lompat dalam guni...
kelas gitu....




Terima kasih sekali lagi kepada semua staf PPS yang begitu ceria bersama keluarga masing-masing...mana-mana yang banyak borong hamper dan jajan bolehlah bukak kedai runcit...yang dapat barangan elektrik mesti tak sabar nak guna...don' t worry...ada guarantee...barangan berjenama tu...