Friday, August 20, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PPS

Hari ini diadakan majlis berbuka puasa bagi kami staf Pusat Perancangan Strategik (PPS). Hampir keseluruhan staf hadir bersama keluarga. Lebih meriah lagi bos kami Dr.Zaini, Timbalan Naib Canselor datang bersama keluarga. Majlis ini juga bersekali meraikan Datin Umi yang bertukar ke Pejabat Korporat pada 15 Ogos lalu. Kami bawa baby dengan Ika aje. Abang Uda ikut atuknya yang bertandang di rumah kami. Ayong dengan Kak Ngah di asrama.
Dr. Zaini bersama keluarga
Rakaman ucapan terima kasih kepada Datin UmiAntara staf yang tiba awal

Menu nasi Arab. Tempat D'Arab Cafe, Seksyen 7 (sebaris dengan Restoran Nasi Ayam Gemas)...baru dibuka 3 bulan lepas. Restoran asalnya yang terletak bersebelahan Unisel masih kekal di situ...(pertama kali makan di situ Prof. Kamil belanja)...Ni kira cawangan baru D'Arab Cafe. Tempatnya lebih selesa, nyaman dan bersih....dan masakannya memang sedap dan menyelerakan...tengoklah gambarnya; sumbangan Fikri, AR saya.

Meriah...

Wajah-wajah ceria staf PPS.









Terima kasih pada semua yang hadir. Semoga ukhuwah kita bertambah kukuh dan kita dapat melaksanakan tugas dengan penuh ikhlas dan di rahmati Allah s.w.t. Amin.

Saturday, August 14, 2010

BIRTHDAY FITRI HANAFIE

Hari ni birthday Muhammad Fitri Hanafie...anak saya yang pertama. Diam tak diam dah 16 tahun umurnya. Sekarang sedang belajar di MRSM Muar.
Kenangan semasa sambut birthday Ayong di rumah Segamat
Kenangan semasa di Sabah
Abah doakan moga Ayong sentiasa sihat, murah rezeki dan dirahmati Allah s.w.t.




Happy Birthday Ayong...