Saturday, July 10, 2010

"MESRA RAKYAT"

Hari ini ke majlis jemputan perkahwinan anak Prof.Madya En. Ismail Shari . Saya sekeluarga bertolak dari Shah Alam jam 10:30 pagi dan sampai jam 1:00 tengahari. Gembira dapat berjumpa ramai kawan-kawan yang hadir ke majlis berkenaan. Staf-staf yang pernah berkhidmat di Segamat satu ketika dulu ramai yang datang. Tn. Hj. Razali dari Pahang dan En. Hasmad dari Kedah, Tn.Hj. Jamaluddin Ardani, En.Adi Zuraini dan yang lainnya serta Dekan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Dr. Rudzi Munap juga ada.
Apa yang nyata, PM Ismail yang saya kenal adalah seorang yang 'mesra rakyat'..seorang yang bergaul dengan semua peringkat dan pemurah..dan sudah tentu kehadiran ramai kenalan lamanya serta penglibatan staf sebagai tenaga kerja majlis ini adalah sebagai satu penghargaan dan penghormatan kepada PM Ismail dan keluarga.
Tahniah...

Thursday, July 1, 2010

PERCUTIAN DI SABAH

Promenade Hotel Kota Kinabalu
Senja di Water Front Kota Kinabalu dari bilik hotel
8 tahun saya bertugas di Sabah. Dari bujang, beristeri dan dapat 2 orang anak. Anak yang ketiga dalam kandungan semasa kami berpindah dari Sabah ke Melaka. Cuti sekolah baru-baru ni, kami sekeluarga ke Sabah. Menginap di Hotel Promenade. Sudah tentunya anak-anak saya seronok dan teruja.
Sabah Park...bersama pemandu-pemandu UiTM Johor
Bersama En. Badrolhisham, Saiful dan Hussin serta rakan pemandu
Percutian kali ini benar-benar menggamit memori. Ketibaan kami di sambut oleh Rubin sahabat karib dan beliau dah macam sebahagian daripada keluarga kami. Malam saya dijemput untuk menyampaikan ceramah di UiTM Sabah. En. Badrol, Timbalan Pendaftar UiTM Johor meminta saya untuk mengambil satu slot ceramah bagi kursus yang dianjurkan oleh UiTM Johor dengan kerjasama UiTM Sabah untuk para pemandu...ia secara kebetulan dengan percutian kami.
Rubin dan Salim...sahabat sejati yang saya hormati
Pasar Filipina...Siti...kenalan lama kami yang tetap dengan harga kawan-kawan
Di gerai sayur-sayuran segar di Kundasang
Hot Spring
Kundasang yang nyaman...
Gunung Kinabalu yang diselaputi kabus...jam 2:30 petang
Awan tebal menutupi Gunung Kinabalu
Berhampiran Jeti ke Pulau Manukan...
Kediaman kami semasa berkhidmat di UiTM Sabah 11 tahun dulu

Kami sempat singgah di kediaman kami di No 24 Bukit 2, UiTM Sabah..Sebak rasanya...di sinilah kami membesarkan Fitri Hanafie anak sulung kami dan Fareha Syuhada adiknya. Walaupun berjauhan dari keluarga...kami tidak sunyi di sini...ringkasnya, seronok dan amat gembira bertugas di sini..kepada rakan-rakan yang tidak sempat kami jumpa...mohon maaf...di lain kesempatan InsyaAllah kami datang lagi. Terima kasih kepada En. Mat Zin dan keluarga atas makan malam ala kampung yang enak. Pada Pn. Roslida dan Dr. Imbarine...terima kasih. Pada Datuk Worran (bos saya) maaf tak sempat jumpa..En. Din,Dr.Kadir, Awang Bakar, Janis, Jasman, Josrin, Ag Hamdan dan lain-lainnya..semoga jumpa di lain masa di Sabah...dan sudah tentunya penghargaan saya yang tidak terhingga kepada Rubin dan Salim..budi baik tuan amat-amat dihargai dan dikenang Semoga tuan sekeluarga dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah s.w.t...Amin.
Hot Spring
Hot Spring
Fitri Hanafie di Junior Suite Promenade Hotel...penginapan kami
Fareha Syuhada...di lobi Promenade Hotel
Fikrie Aiman...di Jeti
Faresya Zulaikha...di Hot Spring
Fateha Syahera... di Jeti