Wednesday, April 30, 2008

Confirmation Letter

Surat Pengesahan Dalam Jawatan yang diterima cukup bermakna, seolah satu penghargaan dan kurniaan yang besar diberikan. Berkat bimbingan dari En Khairul selaku mentor dan sokongan dari Jaja, Shaiful dan Fasha membuatkan pendakian kerjaya di sini, di UiTM Johor ini begitu menarik. Tidak berasa keseorangan malah terasa mereka ini adalah keluarga yang telah berkongsi suka duka bersama. Terima kasih juga atas sokongan dari seluruh keluarga besar AR.
by: MKA

Sunday, April 27, 2008

KAWAN LAMA

Dapat sms kawan lama yang berkunjung ke blog ini...'ko tukar gambarlah' katanya.. tergelak besor dia tengok perubahan tubuh badan..maklumlah lama tak jumpa...terima kasih atas kiriman sms tu...beliau antara rakan yang 'cakap direct' tetapi ikhlas...dan saya balas smsnya 'ko telah beri aku idea..nanti aku cari gambar lama..'
Kawan lama mengingatkan kita detik-detik yang pernah dilalui bersama. Terus capai album yang bersusun dalam almari sekian lama. Hati tenang sejenak.Setiap gambar ada cerita dan kenangan...Muhasabah diri...

p/s Art...kita takde gambo berdua le..nanti kalau jumpa jangan lupa bergambo...

Friday, April 25, 2008

MEE REBUS TULANG

Kampus Bandaraya Larkin akan menerima lawatan Dato' VC besok pagi. Hari ini staf Kampus Larkin sibuk membuat persiapan dan walaupun kampus ini belum setahun pun tetapi semangat untuk membuat persiapan dan menyambut tetamu yang datang terserlah dengan kerjasama staf dan pelajar.
Tunggak utama tentunya Koordinator Kampus Larkin, Cik Raziah Bi yang akan menyambung pengajian ke peringkat Phd tak lama lagi.

Terima kasih juga pada Dr. Ahmad Che Yaakob yang akan menggantikan Cik Raziah kerana turut sama menyambut ketibaan Dato' VC di Hotel M-Suites dan bersama saya serta Tuan Hj. Yusof Timbalan Bendahari meninjau persiapan yang dibuat oleh Kampus Larkin. Tentunya kagum melihat Cik Normah, Pn. Suriaty, Yulie, Fasha, Hisham serta staf yang lain sibuk mengurus program ini..walaupun Kampus Larkin punya tetamu dari UiTM Trengganu (mereka ada program di Singapura) namun semangat dan keikhlasan mereka bekerja jelas terpancar.
Sebelah malam, jamuan makan "Mee Rebus Tulang" bersama Dato VC dan tentunya kalau ke Kampus Larkin wajib mencuba menu ini...Pertama kali makan mee ini ialah bersama Prof. Rahmat dan pengurusan UiTM Johor semasa perbincangan awal pembukaan Kampus ini.
Selamat Datang Dato' VC ke Kampus Larkin...

Thursday, April 24, 2008

BULETIN PTDI

Tahniah diucapkan kepada Pn. Maznah A Hamid, Timbalan Ketua Pustakawan UiTM Johor atas penerbitan sulung Buletin PTDI (Perpustakaan Tun Dr. Ismail)

Saya sempat berbincang dengan beliau sebelum mesyuarat tengahari tadi dan beliau nampaknya amat berpuashati dengan prestasi keseluruhan staf beliau. Tambahan pula dengan penerbitan Buletin ini, beliau berterima kasih dan bersyukur kerana staf yang baru dilantik juga telah memberikan komitmen yang tinggi sehingga dapat menghasilkan rekabentuk buletin yang menarik. 'Terima kasih kerana melantik staf baru yang komited' katanya. Jarang sebenarnya orang melafazkan ucapan terima kasih, dan pandangan saya setiap lafaz kata Pn. Maznah adalah sesuatu yang jujur dan lurus...
Untuk Pn. Maznah yang gigih bekerja...tahniah PTDI dan stafnya yang cemerlang merangkul kejayaan 5's dan Sudut Kualitinya..

Wednesday, April 23, 2008

TAHNIAH PENDAFTAR UiTM

Tahniah untuk Dr. Hajah Zahrah Mokhtar Pendaftar UiTM kerana telah dinaikkan Gred Jawatan dari JUSA C ke JUSA B. Kami warga AR Johor penuh yakin dan percaya kenaikan gred ini merupakan satu pengiktirafan yang amat tinggi kepada kewibawaan, keprofesionalan dan ketokohan Dr. sebagai Peneraju Pentadbir Universiti. Kami doakan Dr. sihat sejahtera dan terus cemerlang . Semangat juang Dr.akan terus mengalir untuk kami jejaki dan teladani . InsyALLAH

Pengendalian Peperiksaan Akhir April - Mei 2008

Proses Pengambilan Kertas Soalan Peperiksaan Akhir

Peperiksaan Akhir di seluruh sistem UiTM bermula pada 21 April sehingga 11 Mei 2008. Sebagai AR yang ditugaskan di HEA inilah diantara agenda yang terbesar dan terpenting untuk di uruskan dengan sempurna. Proses peperiksaan bermula dengan Pendaftaran Kursus dan kemudian diikuti dengan sesi perkuliahan dan proses ini berterusan sehinggalah Jadual Waktu Peperiksaan Akhir (Deraf Pertama) dikeluarkan oleh BHEPep. Bermulalah strategi dan perancangan diatur untuk mencapai matlamat sebagai pengendali peperiksaan yang terbaik diseluruh sistem.



Tiba di BHEPep tepat jam 10.00 pagi dan kerja-kerja menurunkan peti simpanan soalan dimulakan.



Penyerahan kertas soalan peperiksaan akhir mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh BHEPep.

Pn Norimah (Timb. Pendaftar) memerhatikan proses penyerahan kertas soalan.



Tiba di UiTM Johor tepat jam 6.00 pm dan soalan terus dipindahkan ke dalam bilik kebal.






Proses menyusun kertas soalan di dalam Peti Besi dilakukan pada 17 April 2008. Kertas soalan disusun mengikut tarikh peperiksaan.

Timbalan Pengarah HEA Prof Madya Hj Yusri Ismail memantau proses ini sehingga selesai untuk mempastikan tiada sebarang perlanggaran prosedur dilakukan oleh BHEA.


Story by: MKA

Friday, April 18, 2008

SIBUKNYA MINGGU INI

Selepas mesyuarat dengan Pendaftar, Prof tawarkan untuk ke Pesta Buku.'You cari apa juga buku yang bersesuaian dengan staf pentadbiran' katanya. Seronok dengan tawaran dan peluang tersebut.Terima kasih Prof...

Pada 7 April berhadapan dengan En.Osman, Ketua Timbalan Pendaftar untuk pertahankan bajet perjawatan. Bawa Fasha sekali (AR Kampus Larkin)..'learning process' untuknya. Semuanya berjalan lancar...kagum dengan cara bekerja En. Osman dan 'team'nya.Tahniah Alias (AR Kanan Unit Guna Tenaga).
10 April PGN (Malam Pra Graduan UiTM
Johor).
Besoknya ke Sutra Beach Resort Trengganu untuk Perbincangan JPQ (Jawatankuasa Kualiti) serta Amanat Dato' VC. 13 April lawatan 'benchmarking' ke UiTM Kelantan bersama JPQ UiTM Johor. Khalid ikut serta . Jaja dan Saiful tak dapat join kerana kursus BTN.

Semasa bengkel di
Sutra Beach Resort
Trengganu

Malam Pra Graduan
di Hotel Equatorial
Melaka

15 hingga 16 April sambung kursus 'Blue Ocean Strategy'..malam tadi bersama Pengurusan UiTM Johor hadir ke Majlis Jamuan Perpisahan Pegawai Daerah dan hari ini terima lawatan kunjungan Balas dari Unit Kualiti UiTM Perak.
Letih tapi menggembirakan kerana banyak pertukaran idea dan penambahan ilmu yang dapat dikongsi bersama...selesai dekat pukul 6:15 petang...semoga selamat sampai dan sejahtera dalam perjalanan pulang ke Perak..Khalid masih di pejabat...persediaan untuk peperiksaan...untuk semua AR yang jaga exam...semoga berjalan lancar peperiksaan April 2008...sebagai bekas AR HEA Johor...pengalaman bertugas di HEA amat berguna dan bermakna...itulah kata-kata yang pernah saya beritahu dengan Khalid dan dia seorang yang cepat belajar...bintangnya cerah..
Prof. bersama Ketua Unit Kualiti
UiTM Perak
Jaja dan Rombongan Q UiTM Perak
Semoga kesepaduan ini melahirkan komitmen yang tinggi antara Kampus UiTM dan akhirnya membawa UiTM sebagai Institusi yang cemerlang dalam pelbagai bidang.
"Sebatang lidi amat mudah dipatahkan...akan tetapi apabila ia mejadi penyapu akan kukuh, kuat dan bersatu"...dan jangan sesekali menggunakan penyapu sebagai hadiah...he..he..he


Story By: JSL

Saturday, April 12, 2008

SUMBER INSPIRASI


Adakalanya sesuatu yang kita buat itu perlukan dorongan.Dorongan perlu diikuti dengan keazaman untuk melaksanakannya.Keazaman pula mesti bergerak seiring dengan keikhlasan dan penghayatan sepenuh hati.Rangkuman semua nilai ini akhirnya merupakan satu kemanisan dan kepuasan kepada usaha yang dilaksanakan apatah lagi apabila ia berakhir dengan kejayaan. Terima kasih kepada semua yang mendorong kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang...



Friday, April 11, 2008

IDEA DAN PELANCARAN BLOG


Selamat Datang ke blog AR Johor. Cetusan idea ini kami perolehi semasa kesemua kumpulan Penolong Pendaftar UiTM Johor hadir ke Mesyuarat Bersama Pendaftar pada 3 hingga 4 April 2008. Pada sebelah malamnya kami menghubungi bekas Timbalan Pengarah HEA kami yang sekarang ini berkhidmat di Shah Alam, Prof. Madya Arun Bin Mohamad.

Beliau membawa kami ke Restoran Pelaga di Seksyen 13 dan di situlah idea ini dibincangkan. Hasil perbincangan spontan kami bersetuju untuk melaksanakan idea ini dan PM Arun dengan rasminya melancarkan Blog AR Johor dalam majlis yang sederhana tetapi meriah dan penuh bermakna pada malam berkenaan...

Dengan doa yang dibaca oleh Saiful, serta kata-kata perangsang PM Arun..selamat maju jaya kepada AR Johor ...berkhidmatlah dengan cemerlang, jujur dan ikhlas untuk memartabatkan kecemerlangan dan kejayaan anak bangsa dan pastinya demi kejayaan dan kecemerlangan UiTM tercinta...





Story by : Khairul Anuar