Thursday, April 24, 2008

BULETIN PTDI

Tahniah diucapkan kepada Pn. Maznah A Hamid, Timbalan Ketua Pustakawan UiTM Johor atas penerbitan sulung Buletin PTDI (Perpustakaan Tun Dr. Ismail)

Saya sempat berbincang dengan beliau sebelum mesyuarat tengahari tadi dan beliau nampaknya amat berpuashati dengan prestasi keseluruhan staf beliau. Tambahan pula dengan penerbitan Buletin ini, beliau berterima kasih dan bersyukur kerana staf yang baru dilantik juga telah memberikan komitmen yang tinggi sehingga dapat menghasilkan rekabentuk buletin yang menarik. 'Terima kasih kerana melantik staf baru yang komited' katanya. Jarang sebenarnya orang melafazkan ucapan terima kasih, dan pandangan saya setiap lafaz kata Pn. Maznah adalah sesuatu yang jujur dan lurus...
Untuk Pn. Maznah yang gigih bekerja...tahniah PTDI dan stafnya yang cemerlang merangkul kejayaan 5's dan Sudut Kualitinya..

2 comments:

Nurzeatul said...

Salam,

Tahniah En. Khairul, Khalid, Jaja dan Shaiful dengan kelahiran blog nih.

Menarik pengisiannya, saya rasa satu usaha yang kreatif juga dalam mempopularkan UiTM Johor.

Tahniah sekali lagi!

Nurzea

AR Johor said...

Terima Kasih Nurzeatul,sebagai kumpulan blogger yang baru,mungkin inilah ruang permulaan untuk percambahan minda yang membina,luahan perasaan dan mungkin juga dapat release sedikit tension lepas penat bekerja...