Friday, April 25, 2008

MEE REBUS TULANG

Kampus Bandaraya Larkin akan menerima lawatan Dato' VC besok pagi. Hari ini staf Kampus Larkin sibuk membuat persiapan dan walaupun kampus ini belum setahun pun tetapi semangat untuk membuat persiapan dan menyambut tetamu yang datang terserlah dengan kerjasama staf dan pelajar.
Tunggak utama tentunya Koordinator Kampus Larkin, Cik Raziah Bi yang akan menyambung pengajian ke peringkat Phd tak lama lagi.

Terima kasih juga pada Dr. Ahmad Che Yaakob yang akan menggantikan Cik Raziah kerana turut sama menyambut ketibaan Dato' VC di Hotel M-Suites dan bersama saya serta Tuan Hj. Yusof Timbalan Bendahari meninjau persiapan yang dibuat oleh Kampus Larkin. Tentunya kagum melihat Cik Normah, Pn. Suriaty, Yulie, Fasha, Hisham serta staf yang lain sibuk mengurus program ini..walaupun Kampus Larkin punya tetamu dari UiTM Trengganu (mereka ada program di Singapura) namun semangat dan keikhlasan mereka bekerja jelas terpancar.
Sebelah malam, jamuan makan "Mee Rebus Tulang" bersama Dato VC dan tentunya kalau ke Kampus Larkin wajib mencuba menu ini...Pertama kali makan mee ini ialah bersama Prof. Rahmat dan pengurusan UiTM Johor semasa perbincangan awal pembukaan Kampus ini.
Selamat Datang Dato' VC ke Kampus Larkin...

No comments: