Friday, October 1, 2010

SUA RAYA ANAK DESA

Pintu masuk gerai HEP
Sua Raya datang lagi. Majlis sambutan raya UiTM kali ni bertemakan Sua Raya Anak Desa. Macam tahun-tahun lepas, meriah dan banyak gerai makanan dengan pelbagai menu dari setiap Fakulti dan Bahagian. Cabutan bertuahnya juga lumayan...banyak barangan letrik dan hamper. Saya dan kawan-kawan tunggu juga kot-kot naik nama kami untuk peti ais besar dan TV LCD.
Banyak-banyak gerai, gerai Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi lah yang paling best bagi saya dan kawan-kawan. Sebabnya, selain menepati tema Sua Raya anak desa dengan pakaiannya, budi bahasa melayan tetamu, hiasan gerai dan yang paling penting menunya...fuh...memang sedap. Ubi rebus dengan sambal tumis ikan bilis yang sedap, lempeng dan pulut serta ikan kering yang digoreng dan dihidang panas-panas serta kopi yang hitam..pekat...melekat...fuh..fuhh... menyebab kami pusing 2 kali di gerai FSSR ni...tahniah...tahun depan menu ni lagi no...
Gerai yang paling best bagi kami...
Menu istimewa...Tahniah FSSR
Gerai-gerai lain tak kurang hebatnya...banyak gerai kami singgah dan makan juadah yang disediakan. Gerai lain yang best pada kami ialah gerai Pendaftar dengan yong tau fu, gerai Perpustakaan dengan Mee Sarawak, gerai asam pedas tetel Melaka dari fakulti mana tah dah lupa...gerai ketupat rendang kami tak singgahpun...tak larat dah...gerai pertama yang kami jamah dulu ialah gerai cendol PSKK...Tahniah untuk Nizam PPS kerana dapat barangan letrik...periuk nasi kot...jadilah...
Ello Brother Piko...hantor Yong Tau Fu lagi ma...orang sudah serbu
Tahniah untuk penganjur Sua Raya...

No comments: