Thursday, September 30, 2010

RAYA BERAYA

Kami tidak adakan rumah terbuka macam sebelum ni semasa kami di Segamat...tetapi kami adakan jamuan kepada kumpulan-kumpulan kecil mana yang memaklumkan kepada kami untuk datang beraya. Tambahan pula menu jamuan kali ini disediakan sepenuhnya oleh isteri saya.
Semasa di Segamat, ada yang membantu dan ada yang kami order aje...Inilah suasana kemeriahannya di rumah kami di Segamat (sekarang disewakan kepada staf UiTM Segamat)semasa kami adakan open house pada tahun-tahun yang lepas. Memang cukup meriah dan seronok , walaupun kami kepenatan melayan tetamu sehinggalah ke malam.



Di Shah Alam ni, kumpulan pertama yang beraya ialah tetamu dari Sabah. Mereka datang ke Semenanjung kerana mengikuti kursus PTK di Pusat Latihan Kg.Gajah. Meriah sungguh malam tu...maklumlah dah hampir 11 tahun kami tak berkumpul begini...selama 8 tahun saya bertugas di Sabah kami kerap juga mengadakan jamuan hari raya..Selain itu, jiran-jiran kami dan rakan-rakan di Shah Alam juga datang beraya....cumanya dalam kumpulan-kumpulan kecil antara 10 hingga 15 orang. Isteri sayalah yang bertungkus lumus memasak...terima kasih mama...dalam kesibukan kuliahnya sempat juga untuk meraikan kawan-kawan yang berkunjung sempena Aidil Fitri ni...
Rombongan dari Sabah
Rakan-rakan di Shah Alam

Jiran-jiran

Di Shah Alam ni, saya sempat juga berkonvoi dengan staf saya dari Pusat Perancangan Strategik (PPS) dan destinasi kami ialah ke Seremban rumah Apad dan ke Sijangkang rumah Dr. Nazip. Semasa beraya di rumah En. Othman Ibrahim, mantan Ketua Timbalan Pendaftar

No comments: