Tuesday, October 19, 2010

JASAMU DIKENANG

UiTM meraikan staf yang telah berkhidmat selama 25 tahun dan 30 tahun dalam Majlis Jasamu Dikenang. Turut diraikan staf yang bersara. Rakan-rakan dari UiTM Sabah juga tidak ketinggalan. Sekali lagi saya sekeluarga mengundang rakan-rakan dari Sabah ke rumah. Walaupun sebilangan dari mereka telah datang syawal lalu, jasa dan budi baik mereka semasa saya berkhidmat di Sabah juga harus dikenang...selagi hayat dikandung badan. Kami amat mesra dan akrab...dan rasa terharu apabila mereka terlebih dahulu bertanya khabar dan menghubungi.
dari kiri...Rosmah,Rapidah, Geneve dan Salomah
Macam kembar pulak Hj.Maidin dengan Maidi ni...
Mr.Barry boleh tahan pedas ah... Jamal dan Hamdan...maintain
Sudin...yang mahal gambar belakang tu...yang pakai baju askar tulah...kah3
Noriah (tudung hijau) dan Dayang (kanan sekali)...
Sempat juga saya bawa mereka ke Uptown di seksyen 24.
Hj....banyak kasut tu...hari Ahad di Stadium Shah Alam lagi banyak pilihan...
Hj. dan Sudin macam penguatkuasa aje...
Terima kasih kerana berkunjung ke rumah kami...jauh di mata dekat di hati...

No comments: