Saturday, October 11, 2008

REWANG RAYA UiTM JOHOR






UiTM Johor sekali lagi mengadakan rewang raya sempena majlis hariraya yang diadakan pada 10 Oktober 2008. Rewang yang bermula jam 3:00 petang ini telah dapat menjalinkan kemesraan dan semangat gotong royong di kalangan staf. Jawatankuasa Rewang Raya ini diketuai oleh Prof. Madya Hj. Ismail Shari dan pelbagai kerja-kerja rewang telah diagihkan mengikut bahagian antaranya membakar lemang diserahkan kepada Unit Keselamatan, merebus ketupat (Unit Sukan), rendang ayam (Asrama), rendang daging (Kewangan) menyediakan minum petang rewang (kumpulan Pensyarah), makan malam rewang (pemandu),cabutan bertuah dan sekretariat (pentadbiran), penyambut tetamu meja utama (perpustakaan) dan pelbagai gotong royong lain seperti menyiang daging, mengupas bawang, membasuh ayam dan penyediaan bahan-bahan masakan semuanya dilakukan secara gotong royong. Lebih meriah lagi apabila sebelah malamnya ahli-ahli rewang dijamukan dengan masakan istimewa daging salai masak lemak cili api yang dimasak oleh En. Salim pemandu dan sup tulang 'gear box'. Turut memeriahkan makan malam rewang ialah Pengarah dan Ketua CITU, Prof.Madya Dr. Rahimin yang mengadakan mesyuarat dengan CITU UiTM Johor.

No comments: