Sunday, September 5, 2010

PROGRAM SALAM SAHUR

Buat julung kalinya Kelab Staf Pejabat Pendaftar (KSPP) menganjurkan Program Salam Sahur dan prorgam kali ini khusus untuk bersama-sama semua Pengawal Keselamatan yang bertugas di UiTM Shah Alam. Sebanyak 11 lokasi yang dikenalpasti disinggah oleh krew program salam sahur yang terdiri dari Ajk KSPP dan beberapa ahli kelab yang berminat untuk turut serta.
Konvoi krew Salam Sahur diiringi kereta peronda Bahagian Keselamatan ke seluruh Kampus termasuk Pos yang terletak di Kolej Jati dan Kolej Meranti

Program bermula tepat jam 12:00 malam di Pejabat Keselamatan selepas bacaan doa oleh Saudara Mohd Khairul Azmi . Pos pertama yang disinggahi ialah Pos Fakulti Senibina Perancangan dan UkurPos Kolej Melati
Pos Kolej Peindu
Pos Kolej Seroja
Ceria...walaupun jam 2:00 pagi...
Bergaya di laman MIM
Tugas yang dilakukan penuh dengan keikhlasan...kerja jadi seronok dan ukhuwah sesama staf terjalin erat. Mereka yang bertugas juga seronok dengan kehadiran Ajk Program Salam Sahur ini.

Dewan Seri Budiman

Kolej Meranti

Sebahagian daripada Ajk program bergambar di Pos Utama, destinasi terakhir program Salam Sahur pada kali ini. Tahniah diucapkan kepada KSPP atas inisiatif yang diambil khususnya Cik Noor Farah Zaiti dan En. Mohd Suffian yang mencetuskan idea ini . Semoga program ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang. Sepakat membawa berkat...Amin

No comments: