Saturday, July 18, 2009

SYUKUR



Emak selamat dibedah. Tapi dia kelihatan letih berbanding pembedahan pertamanya dulu. Dia dibius penuh. Selepas pembedahan, Idah adik saya yang giliran menjaganya pada hari pembedahan memberitahu emak kelihatan penat dan 'mamai'. Satu persatu nama anak-anaknya disebut. Yang saya menjadi sebak...dalam keadaan tak berapa sedar tu, dia kelihatan seolah-olah mencium pipi kanan dan kiri serta menyebut nama anak saya, baby (Julia). 'Sim card handphone' saya pulak rosak. Sepanjang hari 'no network access'. Malam lepas maghrib baru ok dan saya telefon emak. Dia sebak..pembedahan kali ini sakit berbanding sebelumnya. Dia bertanyakan baby...tapi katanya budak-budak tak boleh naik tengok dia.
Hari ini saya bawa isteri dan anak-anak tengok beliau di hospital. Julia, Ika dan Abang Uda tak boleh naik, tinggal di bawah dengan Bibik Ipah. Adik-adik dan kakak saya juga ada cuma Sham adik saya yang di KL tak dapat balik. Emak dah mula segar sikit walaupun nampak letih. Syukur Alhamdullilah...semoga Emak cepat sembuh...

4 comments:

Nazhatulshima Nolan said...

Semoga Emak En Khairul diberikan kesihatan yang berkekalan,insya Allah!

AR Johor said...

Terima Kasih Shima.Salam untuk Adib.Semoga Shima sekeluarga dirahmati Allah s.w.t

Syah said...

Salam En Khairul!

Semoga ibu cepat sembuh.

AR Johor said...

Salam Shah,

Terima Kasih...semoga pengajian Shah dan Rahimah beroleh sukses dan dipermudahkan Allah s.w.t.
Lepas tu berkampung lah kita di Shah Alam ni...