Saturday, May 24, 2008

3rd CONFERENCE OF THE ACU HRM MANAGEMENT NETWORK

Saya dan En. Zulkefli Sohaimi, Timbalan Pendaftar (Perjawatan Akademik) UiTM Malaysia merakamkan ucapan penghargaan kepada Puan Pendaftar, Dr. Hajjah Zahrah Mokhtar atas pencalonan dan peluang yang diberikan kepada kami untuk menghadiri persidangan ini. Persidangan ini adalah siri yang ke-3 dan pada siri yang lalu ia telah diadakan di Kuala Lumpur. Ia dihadiri oleh peserta dari Negara-negara Komanwel dan perbincangan serta pembentangan berkisar kepada pemantapan peranan dan usaha memperkasakan pentadbiran Universiti dan peranan yang harus dimainkan oleh Pentadbir Universiti. Selain kami dari UiTM, persidangan juga turut dihadiri wakil dari UM, UIA, UPM, UMS, UMT dan Universiti Pertahanan Malaysia.

2 comments:

Canopus said...

Salam....diaorang ada bawak p tour mana-mana tak?

AR Johor said...

ada 2 option...satu pusing island by bus...satu naik bot...saya ikut darat dan naik ke puncak paling tinggi di Tobago tengok laut dan persekitaran pulau...cantik... pusing kampung dia teringat macam Felda kat tempat kita...cuaca pun macam tempat kita...yang naik bot dia orang kata okay jugak...next conference d melbourne atau sydney...