Saturday, October 25, 2008

MAJLIS PENUTUPAN KO
















Majlis penutupan ko kurikulum diadakan pada 23 oktober 2008. Pertama kali pakai pakaian seragam Pegawai Kehormat Kesatria pada tahun ini. Dulu masa belajar di UiTM, ambil ko sukan (ping-pong) dan masa di UUM ko-kurikulum keroncong...he..he..ingat lagi masa tu diberi tanggungjawab main double-bass (tak pernah pegang pun alat muzik-apa lagi gitar kapok). Selama ambil ko keroncong bolehlah main gitar sikit-sikit untuk hiburkan diri sendiri...Berbalik pada cerita pakaian seragam tadi, macam Prof juga, terpaksa pinjam staf unit Kesatria untuk betulkan pakaian seragam yang dipakai. En. Shamsuri le yang banyak membantu. Staf yang ada pun gelak khususnya Jaja...maklumlah dulu dia ko Kesatria..."nak ikat tali kasutpun tak tahu ni Ja..."kalau ada En. Hussin mesti dia gelak tengok Sam betulkan pakaian seragam saya"..Persembahan penutupan ko memang menarik...saya sempat juga berbisik pada Tuan Juhari, Pegawai Ko Kurikulum, "sketsa rumah terbakar lepas tu bomba datang, JPA 3 dan PBSM hampir setiap semester ada..mungkin lain kali kena tukar cara menyelamat kepada sketsa yang lain...mungkin cerita menyelamat di bangunan tinggi ke, ular sawa ataupun kemalangan jalanraya yang ada cerita menyelamat melibatkan ketiga-tiga badan beruniform berkenaan. Nampaknya macam Tuan Juhari bersetuju dengan cadangan itu.

Thursday, October 23, 2008

JAMUAN RAYA ANJURAN STAF YANG NAIK PANGKAT


Sebahagian daripada staf yang dinaikkan pangkat 2007/2208

Jamuan raya ini diadakan pada 22hb oktober 2008. Ia diadakan diperkarangan Masjid Asyakirin. Seramai 19 orang yang dinaikkan pangkat telah berkongsi rezeki yang mereka perolehi dengan sepakat mengadakan jamuan kesyukuran untuk staf UiTM Johor. Ia dilhamkan oleh En. Muhamad Sukor Jaafar, Pensyarah Gred 52 yang juga merupakan Ketua Unit Kualiti UITM Johor.

Sunday, October 12, 2008

JAMUAN HARI RAYA UiTM JOHOR




Jamuan hari raya UiTM Johor disambut meriah pada kali ini. Sebahagian kos kewangan jamuan hariraya ini datangnya daripada sumbangan peribadi Ybhg Pengarah sendiri. Kehadiran staf UiTM Johor yang telah bersara, Staf Kampus Larkin, kanak-kanak tadika UiTM serta Ketua CITU dan rakan Auditor dari PTAR Shah Alam amat bermakna apatah lagi menu jamuan ini disediakan secara gotong royong (rewang) di kalangan staf. 100 ekor ayam golek yang dibakar panas di kawasan jamuan menjadi tarikan utama. Sebanyak 20 cabutan bertuah dengan hadiah hamper hariraya disediakan dan 7 ekor ayam golek telah diberikan kepada staf dalam cabutan nama bertuah. Persembahan zapin anak-anak tadika juga menarik dan menghiburkan. Dalam majlis berkenaan panggilan telefon 'on air' dibuat secara langsung dengan YB Dr. Shaharudin ADUN Jorak yang juga bekas Pengetua UiTM Johor serta En Hasmad, mantan Timbalan Pengarah HEA UiTM Johor yang sekarang ini berkhidmat di UiTM Kedah untuk menyampaikan ucapan salam aidil fitri kepada semua staf yang hadir.

Saturday, October 11, 2008

REWANG RAYA UiTM JOHOR






UiTM Johor sekali lagi mengadakan rewang raya sempena majlis hariraya yang diadakan pada 10 Oktober 2008. Rewang yang bermula jam 3:00 petang ini telah dapat menjalinkan kemesraan dan semangat gotong royong di kalangan staf. Jawatankuasa Rewang Raya ini diketuai oleh Prof. Madya Hj. Ismail Shari dan pelbagai kerja-kerja rewang telah diagihkan mengikut bahagian antaranya membakar lemang diserahkan kepada Unit Keselamatan, merebus ketupat (Unit Sukan), rendang ayam (Asrama), rendang daging (Kewangan) menyediakan minum petang rewang (kumpulan Pensyarah), makan malam rewang (pemandu),cabutan bertuah dan sekretariat (pentadbiran), penyambut tetamu meja utama (perpustakaan) dan pelbagai gotong royong lain seperti menyiang daging, mengupas bawang, membasuh ayam dan penyediaan bahan-bahan masakan semuanya dilakukan secara gotong royong. Lebih meriah lagi apabila sebelah malamnya ahli-ahli rewang dijamukan dengan masakan istimewa daging salai masak lemak cili api yang dimasak oleh En. Salim pemandu dan sup tulang 'gear box'. Turut memeriahkan makan malam rewang ialah Pengarah dan Ketua CITU, Prof.Madya Dr. Rahimin yang mengadakan mesyuarat dengan CITU UiTM Johor.

Monday, October 6, 2008

BBQ



Raya ketiga sebelah malamnya BBQ diadakan di Ayer Baloi. Ia juga sempena ulang tahun perkahwinan Yen (adik nombor 3) . Dialah yang banyak menjaga Emak sekarang ni...dan arwah Abah buatkan rumah Yen sebagai hadiah berdekatan dengan rumah Emak. Majlis ni dia yang banyak uruskan.

Sunday, October 5, 2008

RAYA DI RUMAH EMAK DAN BAPA SAUDARA



Raya ketiga saya bawa Emak ke rumah mak dan bapa saudara. Saya cakap pada beliau, "raya ketiga kita bergerak pulak mak, pergi rumah Pak long, Mak Andak, Oteh..nak ambik gambar mak dengan mereka"...tambahan mak saya baru operate kaki (masa bulan puasa)...10 hari di hospital...sekarang Doktor suruh banyak berjalan untuk pergerakan kakinya. Bulan puasa hari tu bawa Emak shopping, beliau duduk atas kerusi roda sebab baru lepas operate. Emak nampak happy....Sejak Abah takde beliau rajin ikut kami sekeluarga berjalan. Dah jadi rutin, tiap tahun mesti ke Kelantan, cuma tahun ni tertangguh.

RAYA DI AYER BALOI

Raya kedua balik Ayer Baloi, Pontian. Tiba kampung lebih kurang jam 4 petang. Malam pergi ke open house rumah Abang Hashim (Dato' Razak) - sepupu. Menu sup kaki lembu memang tak tinggal kalau dia buat open house. Siap ada permainan lotto lagi. Permainan macam cerita P. Ramlee...kalau nombor 7 disebut cangkul, no 3 disebut bujang 3. Dah tentu Abang Hashim jadi tekongnya. Setiap keluarga yang hadir dapat satu papan lotto. Hadiah disediakan oleh Abang Hashim. Hebat hadiahnya...Keluarga saya awal-awal lagi tinggal satu nombor saja iaitu nombor 43, tapi tak naik-naik..akhirnya tak menang.

Friday, October 3, 2008

Thursday, October 2, 2008

GAMBAR KELUARGA RAYA 2008

Lepas pergi rumah Salim pemandu, singgah rehat di rumah Segamat. Anak-anak dah keletihan. Anak yang kedua, Fareha Syuhada kena chickenpox sehari sebelum raya. Sebelum tu Ayong kena dari sekolah, jangkit pada abang uda dan adik ika...baby je yang belum. Ingat nak singgah rumah En. Jafri tapi dah petang sangat, telefon maklumkan pada dia tak dapat datang. Tiba Labis kejap tu En. Jafri datang hantarkan lemang (lembut, cukup rasa dan beliau buat sendiri) serta pulut periuk kera. Terima kasih Jeff, rumah Che Ngah pun tak sempat singgah...besok dah balik Ayer Baloi Salam Aidil Fitri untuk semua.

KENANGAN RAYA DI RUMAH EN. HUSSIN

Dah 2 kali turn raya di Segamat kami akan berkunjung ke rumah En. Hussin. Sebabnya, suasana raya di rumah beliau sama dengan sambutan raya di Ayer Baloi, Pontian (kampung saya)...bezanya orang tua beliau kedua-duanya masih ada...mungkin nostalgia bagi saya semasa Abah masih ada...tambahan pula cara Hj. Mutalib melayan tetamu, cara dan cerita yang disembangkan apatah lagi berhubung cerita koleksi gambar-gambar keluarga dulu-dulu yang disimpannya adalah topik yang senada dengan kegemaran saya..seminggu sebelum raya hampir 5 koleksi album arwah bapa saya dah dijumpa semula.. Mak kata tersimpan dalam plastik hitam...ramai tak perasan...lega dan puashati saya kerana album berkenaan dah dijumpai semula...saya bawak balik ke Segamat untuk di scan gambar berkenaan satu persatu...

AIDIL FITRI 2008

Lepas solat sunat Aidil Fitri di masjid Labis ingat nak ke rumah Prof. Kamil di Kampus. Beliau adakan open house untuk staf yang bertugas (Pengawal) dan pelajar yang tak balik raya sehingga jam 12:00 tengahari. Tapi tak berkesempatan sebab jiran dah datang berkunjung dan adik ipar baru tiba untuk gambar keluarga. Tengahari berhariraya rumah En. Hussin, EO Pentadbiran. Petang ke rumah En. Salim pemandu. Istimewanya dijamu nasi putih, lemang, rendang dan yang bestnya ikan baung sungai disalai masak lemak dengan rebung...Fuhhh... Ayong (anak yang tua) mulanya kata dah kenyang makan ayam kampung di rumah En. Hussin, bila kena kuah lemak ikan baung..terus tanya ikan apa ni Abah...siap tambah dan meratah lagi...baru dia tahu penangan ikan baung sungai dan masakan Salim pemandu. Memang best...

Wednesday, October 1, 2008

AMALAN 'NGUNJUNG'



Kali ini turn raya rumah mertua di Labis. Petang sebelum raya dah jadi amalan masyarakat di sini untuk 'ngunjung' dan kebiasaannya sebelum waktu berbuka pada hari terakhir puasa. Ada juga 'ngunjung' di pagi raya atau 2, 3 hari sebelum raya. 'Ngunjung' ni ialah juadah yang diberikan kepada jiran dan biasanya juadah yang disediakan untuk menyambut raya seperti ketupat, rendang, serunding dan pelbagai lagi. Setiap kali sambut raya di sini, waktu berbuka pada hari terakhir puasa memang penuh dengan juadah masakan daripada jiran-jiran.

SALAM AIDIL FITRI DARIPADA KAMI SEKELUARGA

Gambar Raya 2007
Kami memohon ampun dan maaf sempena hari yang mulia ini. Semoga kita semua di rahmati Allah s.w.t

Saturday, September 27, 2008

SELAMAT HARI RAYA DARIPADA BAHAGIAN PENTADBIRAN


Kami mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua staf UiTM Johor dan rakan-rakan di kampus UiTM yang lainnya. Bagi kami di Bahagian Pentadbiran UiTM Johor, memohon maaf andainya terkasar bahasa dan terlajak kata semasa melaksanakan tugas seharian. Semoga kita dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang untuk UiTM tercinta.

LAWATAN KE ISKANDAR MALAYSIA


Lawatan ke Iskandar Malaysia telah diadakan pada 25 September 2008. Lawatan ini bertujuan untuk melihat peranan yang boleh dimainkan oleh UiTM khususnya UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru yang terletak dalam pelaksanaan Iskandar Malaysia. Taklimat telah disampaikan oleh En. Nor Hisham Bin Hussein, Senior Vice President, Human Capital and Administration Iskandar Malaysia di Pejabatnya di Danga Bay. Perjumpaan selama 2 jam itu telah diisi dengan perbincangan khususnya ruang dan peluang yang ada dalam penyediaan tenaga kerja dan peranan yang dimainkan oleh Iskandar Malaysia dalam Pembangunan Wilayah Iskandar.

Thursday, September 25, 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA DI KAMPUS LARKIN


Kampus Bandaraya Johor Bahru telah mengadakan Majlis Khatam Quran dan Berbuka Puasa pada 24 September 2008. Pengarah, Timbalan Pengarah HEA dan HEP serta Timbalan Bendahari juga turut hadir ke majlis ini. Tahniah kepada Dr. Ahmad Che Yaacob, Koordinator Kampus Larkin kerana berjaya menganjurkan majlis yang penuh bermakna ini. Besoknya saya mengadakan perjumpaan dengan semua staf pentadbiran Kampus ini dan sebagai kampus yang sebahagian besar staf adalah perlantikan baru beberapa input berhubung peraturan dan prosedur pentadbiran dibincangkan. Kepada staf Kampus Larkin Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Wednesday, September 24, 2008

PEMANDU ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA










Tahniah diucapkan kepada para pemandu kerana sepakat dan berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa pada 21 September 2009. Idea mengadakan majlis ini datangnya dari En. Salim dan disokong sepenuhnya oleh pemandu yang lain dan cadangan ini merupakan sesuatu yang amat saya hargai kerana semua urusan diuruskan oleh pemandu sendiri termasuk penyediaan khemah, menu jamuan dan jemputan. Lebih manis lagi apabila majlis yang dicadangkan secara 'pot-luck' di kalangan mereka ini mendapat 'tajaan' daripada Pengarah sendiri apabila beliau dimaklumkan berhubung perkara ini. Walaupun terdapat 2 majlis serentak pada hari tersebut, iaitu majlis berbuka puasa bersama pelajar Kolej Siswi di Masjid Assyakirin,beliau masih dapat meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini. Prof.Madya Hj. Yusri Ismail, Timbalan Pengarah HEA turut hadir dan menjadi imam solat maghrib kepada pemandu. Turut hadir Prof.Madya Zaluddin Sulaiman, Timbalan Pengarah HEP dan En. Hussin Ab Mutalib Pegawai Eksekutif Bahagian Pentadbiran.
Terima kasih sekali lagi kepada para pemandu kerana menganjurkan majlis ini. Masak lemak daging salai dengan rebung, kari ayam kampung , mee hoon, kuih muih dan pelbagai lagi hidangan lain amat menyelerakan. Terima kasih kepada Pengarah atas sumbangan peribadinya (didoakan murah rezeki tuan..) dan yang pentingnya ikatan ukhuwah yang terjalin khususnya di
bulan yang mulia ini.

Tuesday, September 23, 2008

RAKAMAN KENANGAN PROGRAM BERSAMA MU





PROGRAM BERSAMA MU

Bahagian Pentadbiran UiTM Johor buat tahun ketiganya sempena syawal yang menjelang tiba mengadakan Program Bersama Mu. Program yang diadakan menjelang syawal ini dicetuskan oleh En. Razip Marjuki (Pembantu Am Pejabat) dalam mesyuarat Bulanan Bahagian Pentadbiran UiTM Johor. Dua keluarga dikenalpasti di kalangan penduduk setempat untuk diberikan sumbangan berupa barangan keperluan untuk menyambut syawal. Apa yang dibanggakan ialah komitmen dan kesungguhan staf menyumbang kepada kejayaan program ini. Pelbagai barangan keperluan seperti beras, tepung , telur, rempah ratus dan lainnya dapat dikumpulkan hasil niat ikhlas staf Bahagian ini untuk membantu mereka yang memerlukan sempena Hariraya yang menjelang tiba. Sebagai Ketua Bahagian, komitmen staf di semua peringkat seperti Pemandu, Pembantu Am Pejabat, Kerani dan pegawai-pegawai lainnya amat dihargai. Semoga usaha murni ini berterusan dan mendapat rahmat Allah s.w.t.