Sunday, December 9, 2012

GARUT...BARANGAN KULIT ASLI

Kali kedua ke Bandung 1 hingga 4 Disember 2012, Sahabat saya Hussin telefon..."Aku rasa nak ke Bandung lagi lah...nak tempah baju dan corduroy jeans.." Okaylah...nanti aku tengokkan tambang yang murah...Akhirnya saya dapat tambang murah Air Asia RM220-return...siap dengan bagasi 15 kg semasa pergi dan 45kg masa balik. Kos kami keseluruhannya semasa lawatan kali kedua ke Bandung cuma RM570 seorang termasuk tambang,penginapan beserta sarapan pagi, sewaan kenderaan beserta minyak,parking dan supirnya...serta cukai Rp75000 semasa di Airport Bandung (sememangnya kalau ke Bandung cukai ini perlu dibayar). Kalau semasa lawatan pertama bersama pilot-pilot UiTM Johor kami lebih kepada melancong seperti ke Tangkuban Perahu, Tahu Sumedang, Kg. Daun selain kedai buat jeans dan Toko Tiga pada hari pertamanya, kali ini saya mau ke Garut...sebab diberitahu di situlah pusat barangan kulit asli dan produk kulit Garut memang terkenal dengan harga yang amat berpatutan. Saya melayari internet untuk mencari info dan dapat menjejaki seorang blogger yang pernah ke Garut dan maklumatnya amat berguna.

Perjalananan ke Garut dari Bandung (lebih tepat lagi dari Hotel Cihampelas 2) memakan masa hampir 2 jam setengah. Kami sampai hampir jam 11.30 waktu Bandung dan terus kami meninjau di sekitar Pekan Garut..gambaran Pekan Garut adalah seperti di bawah...

Pekan Garut
Kereta Kuda banyak di laluan Pekan Garut
Sergeant Hassan...
Salah satu kedai yang harganya murah...bisa ditawar dengan bagus...Jaket kulit asli kulit domba(biri-biri) boleh ditempah ikut ukuran badan di sini dan boleh dihantar ke Hotel...siap dalam 1 hari setengah hingga 2 hari...sebab flight saya balik sebelah pagi...tak sempat nak tempah...next time... harga Rp500,000-Rp700,000 lebih kurang RM161-RM226
Tali pinggang panjang banyak di sini...saya beli 2...satu hanya RM 17 dan satu lagi RM 22...kulit sapi
Pelbagai pilihan...
Songkok haji kulit pun ada...murah hanya Rp20000 lebih kurang RM 6.50
Sarung tangan motor dan beg kulit selimpang


Terlalu banyak kedai-kedai seumpama ini...yang pentingnya pandai menawar harga...berbaloi memang baloi...























Keh3...bergaya dengan songkok haji kulit biri-biri...lembut dan jahitan yang kemas dan cantik...Hanya RM 6.50...next time nak beli warna putih hitam dan coklat...perghhhh...
Beg Laptop ni dijual pada harga Rp450,000...saya tawar dan dapat pada harga Rp 300,00 lebih kurang RM96 sahaja...100% kulit asli...kulit sapi...cantik dan bergaya...


Kasut kulit sapi...Jahitan yang kemas pada harga cuma RM 45 sahaja
Topi ni satu harganya dibuka pada Rp 60,000...lepas saya tawar hanya Rp 25,000 satu...lebih kurang RM 8
Keychain pun kulit...Rp 5000 lebih kurang RM1.60...Dompet RM10
ni jaket kulit biasa bukan kulit domba...dulu masa saya beli di Cihampelas dapat Rp 110,000...kali ni saya ke Garut dapat Rp 100,000 lebih kurang RM 33 saja...
Hari pertama kami tidak habis di Garut...singgah makan di Cibiuk dalam perjalanan pulang tak jauh dari Garut...terkenal dengan sambelnya dan masakan yang enak dan suasana yang nyaman...di sini saya sambar 3 jaket kulit biasa pada harga Rp100,000 lebih kurang RM33...murah Rp10,000 daripada yang saya beli di depan hotel Cihampelas 2...
Lepas makan dan solat kami ke Factory Outlet di Kota Bandung iaitu Calamus dan Toko Tiga...Saya beli kasut Jeans di Toko Tiga (kasut yang dijahit kemas dan tahan lasak di hadapan Toko Tiga). Supir yang bawa kami semasa lawatan yang lepas hampir 4 tahun menggunakan kasut ini dan lagi kelihatan lusuh lagi semakin cantik dan nampak lasak...
Jahitan yang kemas dan harga yang berpatutan Rp180,000 lebih kurang RM58
Seperti lawatan lepas kami ke Pasar Baru dan Cibaduyut. Pasar baru terkenal dengan kain-kainnya dan pelbagai barangan lain...Cibaduyut pulak barang kulitnya tetapi ada juga yang tiruan tidak seperti di Garut yang kebanyakkannya adalah barangan kulit asli...Di Pasar Baru saya beli telekung sulam penuh kain cotton Paris pada harga Rp 150,000...lebih kurang RM 48.
Pak Soleh, supir kami kali ini merupakan orang yang tahu citarasa kami...selain berasal dari Garut dan membantu kami mendapat harga yang murah, beliau juga membawa kami ke tempat di mana kain-kain sulam yang cantik sulamnya untuk dibuat jubah atau baju kurung mahupun baju kebaya...orang perempuan mesti suka dan shopping berabisan ditempat ini sebab ia lebih berkualiti dan murah dari tempat lain di Bandung dan hanya supir-supir tertentu saja yang tau tempat ini... Saya belilah juga untuk orang rumah kain sulam cotton Paris  pada harga Rp 105,000 saja lebih kurang RM34 dan untuk saya dan anak-anak lelaki kain satin untuk baju Melayu hanya pada harga Rp 80,000 untuk 4 meter iaitu lebih kurang RM25...murahkan...
Rp105,000...
Ini adalah antara barangan yang saya beli dalam lawatan kali ini...
Sandal tu cuma Rp 20,000 lebih kurang RM 6.50 saja...


Terima kasih Pak Soleh...supir yang membawa kami ke tempat baru di Bandung...seorang yang pandai mengaji Quraan dengan alunan suara yang amat merdu...sepanjang perjalanan beliau tidak keberatan mengalunkan bacaan Quraan berlagu membuatkan kami rasa tenang dan damai sepanjang perjalanan...moga berjumpa lagi Pak Soleh...Aamiin...

12 comments:

dari tanjung lalang said...

rgSalam..

Lawatan yang nampaknya amat menarik sekali. Berapa tambang dari Cihampelas 2 ke Garut? Pak Soleh punya transport sendiri. Boleh kasi contact nombor nya?

Nurni Abdullah.

AR Johor said...

As Salam Pak Nurni Abdullah...perjalanan kami di Bandung dan Garut dengan menggunakan khidmat Pak Iwan Koboi...dia tidak punya agensi tetapi boleh menyediakan kenderaan dan supir dengan harga berpatutan...hanya beritahu mana yang kita nak pergi...kalau tidak biasa di sana dia akan aturkan...tetapi ke Garut atas permintaan kami sendiri sebab barangan kulit asli datang dari sana...untuk cerita lanjut boleh email kepada saya keyrolejsl@yahoo.com ...sedia membantu berdasarkan sedikit pengalaman yang ada semasa ke sana...

Firdaus said...

salam.bile nak pegi lagi.saye nak join .ni no saye 0199844733

AR Johor said...

As salam Saudara Firdaus...maaf ye...saya ni bukan menguruskan lawatan ini...dan bukannya wakil mana2 travel agency..cuma share sedikit maklumat dan pengalaman semasa lawatan di sana...jika urusan di sana Pak Iwan Koboi adalah orang yang saya hubungi untuk bawa melawat...mungkin juga ada yang lain yang lebih murah...selamat datang ke Bandung...untuk mereka yang pertama kali pergi mungkin perlu ikut pakej yang disediakan sebab lawatan pertama mereka lebih profesional mengaturkannya...maaf ye...saya ni jenis kalau nak pergi terus booking tiket dan tuju tempat yag rasa perlu aje...kecuali bawa keluarga dan anak-anak...mungkin lebih kepada melancong daripada bershopping...

Sang Kerapu said...

Amboi, percutian yg menarik. Encik AR da berpengalamadan n agak mahir jln2 sana. Apasalahnya AR anjurkan trip rombongan. Kalu ada nanti, sang kerapu berminat jugak nak join.

cahaya hidayah said...

Salam nak tnya.. kasut perempuan yang warna merah 7 biru tu beli kat garut jugak ye? nice la colour.. bole tahu harga?

AR Johor said...

Cahaya Hidayah...terima kasih ziarah blog ini...kasut tu harganya lebih kurang RM15...memang cantik dan murah...bergaya untuk jalan-jalan sambil bersantai...

Amsyahril Syahril said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

maar said...

salam
bila AR nak pergi ke bandung lg?
saya nak tempah jaket kulit la..
mnarik sgt...

AR Johor said...

MAAR...terima kasih ziarah blog saya..Buat masa ini belum lagi ada perancangan ke Bandung. Maaf...saya tak ambik tempahan untuk apa-apa pembelian atau apa-apa program lawatan ke Bandung...sekadar berkongsi pengalaman semasa berada di sana... tqvm

Roshaida Roslan said...

salam, boleh dptkan no telefon supir untuk ke garut tak?

Nor Azlinawati Zakaria said...

Hi salam...boleh tak nak dapatkan no tel supir ke Garut?