Sambutan hari raya Pusat Perancangan Strategik (PPS) diadakan lagi dan buat tahun keduanya saya berkhidmat di PPS ia juga berlangsung meriah dengan kehadiran staf dan keluarga masing-masing. Bagaimanapun sambutan kali ini diadakan pada sebelah malam dan kehadiran ramai staf dan keluarga menunjukkan semangat berpasukan dalam pejabat ini terjalin kukuh dan padu. Terima kasih semua staf atas sokongan yang diberikan.

Bergaya dan beraksi depan kamera menggambarkan keceriaan dan sporting nya semua staf termasuk Prof.Zaini (Timbalan Naib Canselor) dan memeriahkan lagi sesi bergambar

Selamat Hari Lahir kepada staf yang diraikan dan program ini berterusan setiap bulan. Kali ini giliran Yim, Faridah dan Azmi. Semoga sihat sejahtera, murah rezeki dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t. Amin
Menu utama jamuan kali ini ialah baryani gam Pontian, laksa Johor, roti jala, sate dan pelbagai lagi makanan yang disediakan...

Antara keluarga yang hadir
Keluarga Pn. Zurita
Keluarga Dr.Azizan
En. Ariffin dan anak-anak
Keluarga Dr. Nazip
Keluarga Pn.Zakiah
Apad sentiasa sibuk dengan Nikon D90 nya...
PPS dah ready nak ke Kota Bahru dan Muar...Su, dah ada gaya tu...Amin...
Terima kasih kepada semua staf kerana apa yang dirancang berjalan lancar dan meriah...meskipun kesibukan dengan urusan di rumah dan keluarga...akhirnya dapat kita kumpulkan semua warga PPS dalam jamuan raya ini walaupun pada sebelah malam...Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semoga PPS terus ceria dan bahagia sebagai satu keluarga dan terus cemerlang dalam urusan kerja sehari-harian. Amin...
No comments:
Post a Comment