Kenangan di Tingkatan 2 -1979
Raya tahun ini satu lembaran baru buat saya. Pertemuan rakan-rakan lama semasa zaman persekolahan benar-benar sesuatu yang tidak saya duga. Pernah juga terfikir kalau jumpa mereka ni, mereka boleh cam tak saya...? tapi ada seorang sahabat baik beritahu muka saya tak banyak berubah...ye..ke...cuba cari yang mana satu saya dalam gambar di atas. Alim pulak yang bergambar cekak pinggang tu...apa-apa pun nama mereka lebih 95% dalam ingatan saya...
Alim dan keluarga
Terima kasih kerana sudi contact dan berkunjung ke rumah...dapat kita mengeratkan lagi ukhuwah antara kita. Terima kasih juga pada kawan-kawan yang dapat hadir pada reunion Sekolah Kebangsaan Ayer Baloi di rumah Sabariyah Bachok. Sememangnya suasana sebegini menggamit seribu macam memori.

Rakaman terima kasih tidak terhingga kepada Sabariyah (duduk tengah) dan suaminya Zulkifli yang menjadi host pada reunion ini. Semoga kita semua sihat sejahtera, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah s.w.t. Amin.
2 comments:
Aslkm
Saya berkunjng ke sini.oh org air baloi? saya tampok.
Tkasih.Tulislah lagi.
terima kasih...setempat rupanya kita...Prof dah 2 kali berkunjung ke rumah saya di Ayer Baloi dan dia ada bagi ceramah di Api-Api...
Post a Comment