Pusat Perancangan Strategik (PPS) meraikan hari lahir staf bagi setiap bulan...dan bulan Mac ini saya, Dr. Ahmad Naqiyuddin dan Apad di raikan. Tarikh hari lahir saya sama dengan Dr. Ahmad Naqiyuddin iaitu 26 Mac. Sudah tentunya sambutan seumpama ini meriah walaupun diadakan secara sederhana. Apatah lagi dengan kehadiran boss kami, Dr. Zaini, Timbalan Naib Canselor. 

Teringat saya program seumpama ini di UiTM Segamat semasa saya mengetuai Bahagian Pentadbiran di sana. Setiap bulan kami raikan staf yang menyambut hari lahir dan ia mengeratkan lagi ukhuwah dan persahabatan. Semoga program ini berterusan...



Hari lahir Achik kami raikan di rumah saja. Janji ada kek memadai bagi Achik. Tahun lepas kami raikan di 

5 April saya pulak open table untuk birthday isteri saya. Kali ini saya bawa ke restoran Nasi Arab di Seksyen 9 Shah Alam..Zam- zam Arabic Food. Tahun lepas semasa baru pindah ke Shah Alam ini dan baru berjinak-jinak dengan nasi Arab, kami raikan di restoran 





Inilah kad ucapan yang dibuat sendiri oleh anak-anak saya...mereka berpakat nak surprised kan mamanya...masa isteri saya bersiap-siap nampak mereka tekun menulis dan menghias kad masing-masing..."Abah jangan bagi tahu mama tau..." bila saya menjenguk apa yang mereka tulis...