Besok 5 April birthday Mama. Epi Besday Mama...semoga Mama sihat, murah rezeki dan dirahmati Allah s.w.t. Terima kasih atas kasih sayang Mama daripada Abang dan anak-anak.
Malam tadi saya bawa isteri dan anak-anak makan malam untuk meraikan birthday isteri. "Abah nak bawa pergi mana? tanya Ika..."kita pergi dekat-dekat sini ajelah...lepas tu nak bawa Abang Uda ke klinik.." Bila saya bawa kereta masuk ke Plaza Masalam, "hah...kat Pelita aje...kata Ika..." Restoran Pelita Nasi Kandar tempat lepak kami hampir setiap minggu.."kat sini pun ok jugalah...jom kita pergi beli kek.."
Kami sambut birthday di Sahara Tent, Plaza Masalam, Restoran makanan Arab. Bila waiter nampak kami bawa kek, dia ambil kek berkenaan dan bawa ke dapur dan datang semula bila makanan dah terhidang dengan diiringi lagu Happy Birthday...lagu Arab yang berkumandang semasa kami masuk dihentikan seketika. Rasanya pelanggan yang ada tertumpu ke meja kami apatah lagi bila lagu Happy Birthday yang dipasang dah habis, baby dengan suaranya yang kuat secara spontan dan solo menyambung "epi besday to you, epi besday to you, epi besday to you mama, epi besday to you..." disampung tepukan pelanggan lain yang ada.
Happy Birthday Mama...