Saturday, November 28, 2009

BANGLO TINGKAT 3

Selama 6 bulan saya duduk bujang di Shah Alam ini, rumah flat(banglo tingkat 3...he..he..he) yang saya sewa akan dikosongkan. Walaupun tempoh sewaan berakhir pada hujung Disember ini, saya akan menyerahkan awal rumah sewa ini kepada tuan punya bagi memudahkan beliau merancang mencari penyewa seterusnya. Amin (tuan punya rumah sewa), seorang anak muda yang baik hati. Dinamik dan punya perancangan. Lulusan UiTM bidang Kejuruteraan. Baru kahwin dan belum mempunyai anak. Saya kenal beliau semasa saya sibuk mencari rumah untuk dibeli sebagai persiapan ke Shah Alam. Kami sama-sama menunggu di rumah contoh sebuah tapak perumahan dalam pembinaan di Seksyen 24 Shah Alam. Ikut pelan tapak, bersebelahan taman ini nanti akan didirikan Carrrefour yang terbesar. Kami sepakat untuk beli bersebelahan (berjiran). Pada masa yang sama beliau menawarkan untuk menyewakan rumah flatnya kepada saya. Bagaimanapun saya tidak dapat meneruskan perancangan untuk membeli rumah berkenaan kerana jangkaan saya projek berkenaan tidak dapat disiapkan awal 2010 sedangkan keluarga saya akan berpindah hujung 2009. Gambar semasa keluarga datang menjenguk saya hujung minggu. Tapi saya bawa mereka bermalam di Bluewave untuk keselesaan.

Apa-apapun saya lega dapat tinggal di banglo tingkat 3 ni...di seksyen 7...betul-betul urusan peringkat awal penghijrahan saya ini dipermudahkan...dekat dengan pejabat, surau, gerai makan dan tapak pasar malam pun berhampiran flat ini. Alhamdullilah...

No comments: