Thursday, August 21, 2008

'THE LEGEND' TEWAS BERMARUAH 6-3

Sebabnya... 80% pemain 'The Legend' adalah pemain 'senior' dan kurang bersukan..(pasukan -pasukan sebelum ini setara atau lebih sedikit daripada 'The Legend' yang diketuai Pengarah). Pemain lain yang turun ialah Timbalan Pendaftar, Pegawai Keselamatan, Koordinator Program, Pegawai Perubatan, Pegawai Kesatria, Pegawai Sukan, Koordinator Korporat, Pen.Peg.Penerbitan, Pengurus Unimart dan beberapa pemain import manakala pasukan HEP yang menggelar pasukan mereka 'The Reds' bersungguh-sungguh menurunkan pasukan terkuat dan berazam tinggi membelasah 'The Legend'. 95% pemain mereka ialah sememangnya pemain bolasepak UiTM ataupun mereka yang masih aktif bersukan berbanding dengan 'senior' The Legend' yang turun secara mingguan ini. Sebelum perlawanan bermula, saya menjangkakan 'The Legend' akan dibelasah 6-0 paling kurang, tetapi semangat juang 'agi idup agi ngelaban' menyebabkan 'The Reds' tersentak apabila The Legend satu ketika mengikat kedudukan 1-1. Ternyata 'The Reds' mempergunakan sepenuhnya khidmat pemain ternama UiTM En. Saim yang digunakan di segenap ruang sebagai penyerang dan pertahanan 'The Reds' dengan dibantu oleh Din Kecik, Angah, Sham dan Acup serta barisan tenaga 'muda' yang lain. Apapun jaringan 3 gol oleh 'The Legend' menggambarkan jaringan bermaruah dan 'The Legend' bukan kecik anak atau pasukan belasahan. Tahniah untuk 'The Legend' kerana tewas bermaruah.
Pengurusan 'The Legend' juga telah memutuskan untuk membeli En. Saim daripada 'The Reds' dan perbincangan sedang dijalankan. Kemungkinan En. Saim akan diturunkan dalam perlawanan menentang Kampus Bandaraya Johor Bahru minggu depan.

No comments: