Prof. Kamil menerima Anugerah Khas Penulis Terbaik 2010 daripada YB MenteriKonferansi Akademik 2011 berlangsung mulai 10 hingga 12 Februari. Kesemua Pengurusan Tertinggi UiTM dan Pengurusan Kanan Kampus-kampus Cawangan (khususnya Pentadbir Akademik) hadir dalam Konferansi ini di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) yang boleh memuatkan 4000 orang. Ramai kawan-kawan lama yang berkhidmat di seluruh kampus UiTM dapat saya temui sepanjang 3 hari ini.
Sebahagian Pentadbir Akademik UiTM Johor, Pn. Azrin. PM Nosiah, Pn.Mus,Pn.Yusliza, Datin Aryani, Emilin, Azizah (isteri Tn. Badar) dan Pn.Hazila
PM Abdullah, Prof. Kamil, En. Awang Bakar (Timbalan Pengarah HEP Sabah), Dr. Abdul Kadir (Pengarah UiTM Sabah), PM Dr. Omar (Pengarah UiTM Johor) , Tuan Badar dan PM Hj. YusriMalam tetamu-tetamu dari UiTM Johor dan Sabah hadir ke rumah saya. Prof.Madya Dr.Omar Samat, Pengarah UiTM Johor, Dr.Abdul Kadir Rosline, Pengarah UiTM Sabah, Prof Kamil serta Timbalan Pengarah UiTM Johor dan Sabah serta pentadbir Akademik yang lain kami raikan. Pengarah UiTM Pahang, Dato' Hilmi tidak dapat hadir kerana masih dalam perjalanan ke Shah Alam. Turut hadir Tuan Badar, Ketua Bahagian Keselamatan UiTM, rakan serumah semasa saya berkhidmat di Sabah.
Barisan 'Pilot' UiTM Johor
Terima kasih pada semua yang sudi datang.