Tuesday, March 30, 2010

DIRAIKAN

"You free tak hari Ahad ni..." I nak bawak you makan...'

Saya kalau bab makan no hal punya...kali ini saya dibawa ke sebuah Restoran Arab di Jalan Ampang. Dah tentu menunya makanan Arab. Teringat saya semasa outstation ke Sarawak, Prof.Madya Hj. Yusri Timbalan Pengarah HEA UiTM Johor belanja kami makan di Restoran Lebanon. Saya dengan Prof.Madya Kamel Taufiq order mee goreng...gelak sakan Ustaz Sazali dan PM Yusri...apa daa...kalau setakat mee goreng bila-bila boleh makan...he..he..
Kali ni saya betul-betul makan makanan Arab. Chicken mandy dan lamb mandy. Walaupun saya tak berapa sangat makan daging kambing, tapi kat sini saya makan juga. Sedap dan sememangnya sedap. "Kalau you bawak famili ke sini, cubalah order lamb matghud"...
"I belanja you makan sebenarnya nak raikan birthday you..."
Terima kasih Prof. Kamil atas ingatan dan kenangan ini...saya doakan Prof. sihat walafiat dan dirahmati Allah...

Monday, March 29, 2010

EPI BESDAY BABY

Birthday baby selang 2 hari dengan birthday saya. Teringat masa saat-saat baby nak lahir, saya dan anak-anak yang lain berharap baby lahir pada 26 Mac. Kak Ngah dan Abang Uda dah pakat nak cuti sekolah 26 Mac 2007. Bila dia orang bangun pagi tengok mamanya sihat walafiat, Kak Ngah kata, "tak cuti ke hari ni..." Tak...baby belum nak keluar"...kata saya.
28 Mac jam 10:00 pagi orang rumah call dari pejabatnya bagi tahu dia dah rasa nak bersalin. Kami terus ke Hospital Segamat dan petangnya baby selamat dilahirkan. Ini kali kedua saya masuk melihat isteri bersalin, sebelumnya masa Ika dilahirkan juga di Hospital Segamat.

Pagi tadi saya bertugas sebagai Ketua Pengawas untuk Peperiksaan Khas Pengambilan Perjawatan Staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Petang saya bawa keluarga ke Kenny Rogers untuk celebrate birthday baby. Seronok baby..."nanti birthday adik nak buat kat sini jugalah..." kata Ika. "Birthday adik kita buat kat rumah ajelah...ajak kawan-kawan adik..." kata Abang Uda...
Sejak minggu lepas lagi masa Ayong dan Kak Ngah balik bercuti, baby asyik nyanyi lagu "epi besday to Abah ngan baby"...dan petang tadi lagu tu berkumandang di Kenny Rogers dengan bersemangat oleh kami 5 beranak...apatah lagi dengan suara baby yang nyaring dan campur dengan 'bass' vokal saya tanpa mempedulikan mereka yang lain dalam restoran tu...he..he..he

TERHARU

Jumaat lepas (26 Mac) birthday saya. Pagi mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan (JKK). Petang masa saya tengah khusyuk update keputusan JKK , staf-staf masuk ke bilik bawa kek sambil nyanyi lagu epi besdey beramai-ramai dengan lilin menyala...fuhh...terkejut dan terharu dibuatnya..macam dalam dramalah pulak...terima kasih atas ingatan dan pada saya satu penghargaan yang amat bermakna..."bos tahu tak...nilah first time staf buat sambutan khusus untuk Ketua Bahagian macam ni..." Terima kasih tidak terhingga kepada semua staf Bahagian Perjawatan...semoga urusan kerja-kerja kita dipermudahkan dan dirahmati Allah s.w.t...

Baby yang gembira dengan buah-buahan yang diberikan oleh staf

Monday, December 7, 2009

RUMAH SEKSYEN 9 SHAH ALAM

Kebetulan semasa saya menghubungi sahabat saya, Abu Hassan yang bekerja di SIRIM memaklumkan kepadanya bahawa saya akan berpindah ke Shah Alam, beliau amat gembira. Beliau lah yang memberitahu saya ada rumah yang nak dijual dibelakang rumahnya di Seksyen 9. Betul-betul pintu dapur bertemu pintu dapur. 'Hang dok sinilah..dulu lagi aku ajak hang dok Shah Alam...' Kita berjiran no...'katanya semasa menjemput saya makan malam di rumahnya.

Wednesday, December 2, 2009

ISTERI BERPINDAH KE SHAH ALAM

1 Disember isteri mula mendaftar di Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Shah Alam. Kemudian akan ditempatkan di UiTM Kampus Bandaraya Kuala Lumpur (Kampus Alamanda) di Jalan Klang Lama. Saya masih bercuti. Selama 2 hari ini saya mengiringi isteri ke Kampus Alamanda. Kami berjumpa dengan En.Khalid Penolong Pendaftar yang pernah berkhidmat di UiTM Johor dan sekarang ini ditempatkan di kampus ini. Selama seminggu kami tinggal di Flat Seksyen 7 kerana rumah yang dibeli sedang dicat dan sedikit kerja pendawaian sedang dibuat. Emm...macam baru kahwin rasanya...pergi makan berdua, pergi pasar malam berdua..dan yang nyata kami berdua rindu pada anak-anak yang belum dapat ikut serta. Hampir setiap malam kami makan di luar sebab rumah yang saya sewa tiada dapur yang dibeli. Malam bila ada kelapangan kami ke kedai perabot dan barangan elektrik. Perancangan kami bila rumah dah siap di cat, perabot dan barangan elektrik yang dibeli sampai , kami balik kampung dan ambil anak-anak yang dah tak sabar nak pindah ke sini.

Saturday, November 28, 2009

BANGLO TINGKAT 3

Selama 6 bulan saya duduk bujang di Shah Alam ini, rumah flat(banglo tingkat 3...he..he..he) yang saya sewa akan dikosongkan. Walaupun tempoh sewaan berakhir pada hujung Disember ini, saya akan menyerahkan awal rumah sewa ini kepada tuan punya bagi memudahkan beliau merancang mencari penyewa seterusnya. Amin (tuan punya rumah sewa), seorang anak muda yang baik hati. Dinamik dan punya perancangan. Lulusan UiTM bidang Kejuruteraan. Baru kahwin dan belum mempunyai anak. Saya kenal beliau semasa saya sibuk mencari rumah untuk dibeli sebagai persiapan ke Shah Alam. Kami sama-sama menunggu di rumah contoh sebuah tapak perumahan dalam pembinaan di Seksyen 24 Shah Alam. Ikut pelan tapak, bersebelahan taman ini nanti akan didirikan Carrrefour yang terbesar. Kami sepakat untuk beli bersebelahan (berjiran). Pada masa yang sama beliau menawarkan untuk menyewakan rumah flatnya kepada saya. Bagaimanapun saya tidak dapat meneruskan perancangan untuk membeli rumah berkenaan kerana jangkaan saya projek berkenaan tidak dapat disiapkan awal 2010 sedangkan keluarga saya akan berpindah hujung 2009. Gambar semasa keluarga datang menjenguk saya hujung minggu. Tapi saya bawa mereka bermalam di Bluewave untuk keselesaan.

Apa-apapun saya lega dapat tinggal di banglo tingkat 3 ni...di seksyen 7...betul-betul urusan peringkat awal penghijrahan saya ini dipermudahkan...dekat dengan pejabat, surau, gerai makan dan tapak pasar malam pun berhampiran flat ini. Alhamdullilah...

Tuesday, November 24, 2009

BERKEMAS RUMAH

Minggu ini saya ambil cuti untuk mengemas barang-barang yang ada di rumah Segamat yang akan di bawa pindah ke Shah Alam. Hampir 95% barang-barang kami tinggalkan di rumah ini . Antaranya kerusi,meja, sette, katil. peti ais, dapur gas ,almari, aircond...boleh dikatakan kami sewakan rumah ini dengan 'fully furnished'. Rumah ini ada 4 bilik air dan dilengkapi dengan 'water heater'..dan 2 daripada 4 bilik tidur dilengkapi dengan penghawa dingin. 'Kenapa tak sewakan pada pelajar? tanya seorang rakan. Entahlah, buat masa ini kami sewakan pada staf atau mereka yang dah berkeluarga walaupun sewa pada pelajar lebih menguntungkan...lagipun dah ada staf yang bercadang nak sewa.
Segamat dan rumah ini banyak kenangan kepada kami. Semasa Segamat dilanda banjir besar, kami terlibat. Tapi tidak seteruk Bandar Segamat yang tenggelam. Rumah jiran kami (penduduk kampung) yang menetap lama di sini bersebelahan taman perumahan kami yang telah ditambak tinggi sering ditenggelami air. Menurut Haji Hashim penduduk kampung yang juga jiran kami yang paling rapat, kalau taman kami kena banjir, Bandar Segamat tentunya tenggelam. Apatah lagi rumah beliau yang hampir separuh tenggelam. Air mula masuk ke dalam rumah kami mulai jam 7:10 pagi dan surut jam 10:00 malam macam air lalu. Kedalaman air cuma 6 inci sahaja...tetapi lumpur yang tinggal memerlukan keseluruhan rumah dicuci. Terima kasih pada staf dan kawan-kawan yang membantu.

Separuh kediaman Hj.Hashim yang bersebelahan rumah kami ditenggelami air

Kediaman kami yang dilanda banjir


Bila musim buah-buahan memang best...durian, rambutan, duku langsat...ada saja kawan yang menghantar. Durian dari kebun Haji Yusri, Timbalan Pengarah HEA amat sedap isinya..ambil lah berapa banyak nak ambil katanya (dan setiap musim durian memang beliau akan memberi saya)...terima kasih juga kepada kawan-kawan yang lain Zahar,Salim, Farid, Hj. Hashim, Dr. Syed Omar...terima kasih...tak lupa juga makan ikan sungai seperti baung , lais dan patin serta dapat juga makan daging kancil salai masak lemak cili api...fuhhh...

Mengemas rumah walaupun banyak barang-barang ditinggalkan amat meletihkan. Kadang-kadang buntu mana nak kemas dulu.


Saturday, November 14, 2009

HARI KELUARGA JABATAN EKONOMI

Hari ini kami sekeluarga menghadiri sesi berkelah bersama-sama staf Jabatan Ekonomi UiTM Johor di Air Terjun Bekok yang terletak berhampiran Labis dan menghala ke Yong Peng.
Ramai keluarga pensyarah Ekonomi UiTM Johor hadir. Pelbagai acara diadakan. Sudah tentunya sesekali berkumpul begini amat menyeronokkan. Setiap keluarga bawa juadah masing-masing. Sampai saja anak-anak saya tak sabar nak mandi air terjun khususnya baby dan Ika. Ayong, Kak Ngah dan abang Uda masuk acara sukaneka dengan mamanya dan saya sebagaimana biasa mengambil gambar.
Orang dan sampai depan baby tak bergerak-gerak...apa-apapun tahniah le untuk anak Abah ni kerana berani masuk acara yang mencabar ...he..he..he...

Sifu saya Tn. Hj. Yusof juga sibuk mengambil gambar panorama sekitar air terjun ini.
Dalam sibuk bersembang dan makan-makan, Renjer taman menunjukkan seekor ulat gonggok gergasi...diberinya pada saya untuk pegang. Alamak..."sorry Bro, saya tukang ambik gambar aje"..he..he..he...akhirnya Cik Tan yang hulur tangannya dan biarkan ulat gonggok tu menjalar..."ada rasa sakit sikit-sikit masa dia bergerak" kata Tan.
Cuti hujung minggu kali ni rasa puas sebab dah lama kami tak berkumpul sekeluarga. Seronok rasanya bila tengok anak-anak happy walaupun saya tak berkesempatan bawa mereka bercuti dan makan angin pada tahun ini...

Sunday, November 8, 2009

MAJLIS PERPISAHAN EN.OTHMAN

En. Othman Ibrahim, Ketua Timbalan Pendaftar bagi saya seorang Ketua, teman dan sahabat. Beliau bersara pilihan. Seorang yang berpengalaman, tegas dan teliti. Saya amat menghormati beliau. Pengalaman bekerja di bawahnya walaupun hanya 5 bulan amat berharga buat saya. Dalam ketegasan dan ketelitian beliau, ada ruang budibicara...yang akhirnya kita berasa hormat dengan keputusan yang dibuat walaupun kita kalah dalam perbincangan.

Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM) bersungguh-sungguh untuk meraikan secara gilang gemilang majlis untuk En. Othman. Saya diajak turut serta dalam perbincangan itu walaupun saya 'orang baru' di JPSM. Majlis diadakan di hotel Bluewave Shah Alam dan diserikan lagi dengan kehadiran staf-staf yang pernah bertugas di bawah En. Othman serta kehadiran istimewa Pendaftar, Dr. Hajah Zahrah Mokhtar. Kesungguhan staf JPSM untuk meraikan En. Othman melambangkan kasih dan hormat mereka kepadanya. Begitu juga saya. Walau seketika berkhidmat di bawah beliau, saya dapat rasakan 'aura' tersebut. Bersemangat saya untuk menerbitkan klip video sebagai kenangan.Pengalaman bersama 'My Friends Production' di UiTM Johor memudahkan tugas saya. Sebagaimana seronok dan terharunya saya diraikan oleh Pengurusan UiTM Johor semasa majlis perpisahan saya ke Shah Alam, saya mahu buat yang terbaik untuk En. Othman sebagai kenangan kepada beliau.

Bila ditetapkan majlis diadakan pada hari Jumaat malam (sedangkan setiap minggu hari Jumaat hingga Ahad saya balik ke Segamat untuk bersama isteri dan anak-anak serta balik ke Pontian untuk menjenguk Emak di Ayer Baloi), untuk majlis En.Othman , saya tak balik minggu ini, saya bawa isteri dan anak-anak (Ika dan baby) menginap di Bluewave dan bayarkan untuk mereka menyertai majlis ini. Setiap bahagian diminta membuat persembahan dalam majlis ini...dan untuk En. Othman, saya persembahkan lagu 'Hancur Badan di Kandung Tanah' berduet dengan isteri saya...

Kenangan bersama staf JPSM
Kata En. Othman " semakin kita melangkah selepas bersara, semakin kita akan rasa kehilangan seorang teman, tetapi saya berharap saya tidak akan kehilangan sahabat yang sejati..."
Selamat bersara En. Othman. Semoga sihat sejahtera bersama keluarga tercinta dan dirahmati Allah s.w.t

Sunday, November 1, 2009

KENDURI KAHWIN

Saya mula bercuti pada hari Khamis yang lalu kerana adik saya Yen mengadakan majlis 'menjemput menantu' di Ayer Baloi. Emak pesan banyak kali suruh balik...dah lama tak ada kenduri kahwin. Yang terakhir masa kahwin Idah (adik bongsu) lebih kurang 9 tahun yang lalu. Emak kata dia teringatkan Abah. Sememangnya kalau Abah ada dialah orang yang paling sibuk. Masa kahwin Kak Nor (anak pertama) siap bermesyuarat. Begitu 'detail'..ada agihan tugas yang jelas dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada yang besar...hatta dengan tukang masakpun ada mesyuaratnya...apalagi dengan orang rewangnya.

Dan waktu tu jemputan memanglah ramai...memang lepak keesokan harinya. Kemeriahan dan keseronokan berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara, bergotong royong sebelum majlis dan suasana kesibukan di dapur bersama 'penanggah' membuatkan saya memandu dengan penuh keseronokan macam nak balik raya rasanya. Sempat singgah di Melaka beli t-shirt bewarna oren 'tema' yang ditetapkan oleh Yen.

Saya sampai dari Segamat jam 4 petang. Waktu itu hujan lebat. Orang tengah sibuk bergotong royong. Ada yang melapah daging, yang tengah masak untuk makanan orang rewang, yang memotong bawang dan keperluan memasak, yang mengemas khemah dan suasana anak-anak buah yang riuh bermain. Isteri saya dan bibik terus membantu kerja-kerja di dapur. Tugas utama saya ialah merakam dan mengambil gambar suasana itu. Hujan sudah mula reda.


Malam diadakan bacaan doa selamat. Dijamu dengan sup tulang dan roti bersama kopi pekat. Fuh...berselera. Saya sempat menayangkan klip video yang saya buat untuk keluarga (termasuk hari raya-serta Alkuliyyah TV3 disambung dengan set karaoke) dan bunyinya macam dalam panggung. Beberapa ahli keluarga menyumbangkan suara yang dah sedia sumbang...termasuk 'baby' dan Ika dengan lagunya Gubahanku...

Pagi pukul 4:45 saya dah bangun. Lepas subuh saya menjengok ke dapur, Long Bakar tukang masak (terkenal dengan masakan baryaninya di Ayer Baloi) dah mula bertugas dengan beberapa orang 'staf'nya. Sememangnya tiap kali kenduri-kendara di rumah kami beliaulah tukang masaknya.
Dengan kain 'gombang' saya memerhati dengan penuh minat macam 'mandur'.
Suasana pagi yang nyaman dan dingin berkabus membuatkan saya tekun memerhatikan.

Nyaman dan meriahnya kenduri kendara dalam suasana kampung. Walaupun saya pernah menghadiri majlis perkahwinanan saudara mara di hotel mewah dan dewan 'banquet' suasana tradisional begini memang meruntun dan mengusik jiwa.

Jam 9:00 pagi semuanya sudah tersedia untuk dimakan walaupun lauk pauk belum empuk sepenuhnya . Baryani kambing dan dalca tetel adalah yang pertama saya jamah. Ayam goreng panas dibuat ala pasar malam, 4 periuk untuk gorengan disediakan berhampiran khemah. Minuman juga disediakan 4 jenis...teh bunga, airmata kucing, air jagung dan air sirap bandung. Emm...malas mau cerite...nyum..nyum..nyum...

Awie anak kakak saya yang tua kata " seronok juga ada majlis macam ni..." saya nampak anak-anak buah- Awie, Amy, Angah dan anak saya Ayong bersemangat membantu kerja-kerja rewang...lebih-lebih lagi dapat baju 'oren' dan tuala sorang satu.

Saya mencelah..'dulu masa kahwin emak Awie, Pak Ngah dengan Pakcik sampai naik mengelelas (bahasa kampung maknanya mengelecet) kelengkang ke hulu ke hilir angkat hidang dan basuh pinggan...betul-betul lepak dan penat. Besoknya nak bangun ke tandas pun sikit punye payah..." Pakcik tersenyum aje mengiyakan... (empat dari kiri).

Alhamdullilah, sepanjang majlis berjalan, cuaca cerah cuma dalam pukul 4:30 petang hujan mula turun. Mungkin sebab Ika dan Ashraf menyanyi.

Emak dan rakan seperjuangannya Bapa dan Mak pengantin (dari kanan)Aksi jelitawan...he..he..he
'Control Macho'...

Hussin dan ayahnya serta keluarga datang dari Segamat. Terima kasih kerana sudi datang. "Sedap Rul masakan baryani ni...dalcanya pun sedap."...kata Hussin. Long Bakar ni memang terkenal dengan masakan baryaninya dan keluarga kami memang mengambilnya kalau kenduri kendara.


Antara tetamu yang datang

Alhamdullilah majlis keseluruhannya berjalan lancar. Dan tentunya kemeriahan majlis dan berkumpulnya kami adik beradik serta sanak saudara menghilangkan kepenatan kami. Dan penat tu hilang sebab saya 'pengsan' (tertidur) dari jam 9 malam hingga ke 4:30 pagi...petang nak balik ke Shah Alam pulak...emmmph...

SELAMAT PENGANTIN BARU