Minggu ini saya ambil cuti untuk mengemas barang-barang yang ada di rumah Segamat yang akan di bawa pindah ke Shah Alam. Hampir 95% barang-barang kami tinggalkan di rumah ini . Antaranya kerusi,meja, sette, katil. peti ais, dapur gas ,almari, aircond...boleh dikatakan kami sewakan rumah ini dengan 'fully furnished'. Rumah ini ada 4 bilik air dan dilengkapi dengan 'water heater'..dan 2 daripada 4 bilik tidur dilengkapi dengan penghawa dingin. 'Kenapa tak sewakan pada pelajar? tanya seorang rakan. Entahlah, buat masa ini kami sewakan pada staf atau mereka yang dah berkeluarga walaupun sewa pada pelajar lebih menguntungkan...lagipun dah ada staf yang bercadang nak sewa. Segamat dan rumah ini banyak kenangan kepada kami. Semasa Segamat dilanda banjir besar, kami terlibat. Tapi tidak seteruk Bandar Segamat yang tenggelam. Rumah jiran kami (penduduk kampung) yang menetap lama di sini bersebelahan taman perumahan kami yang telah ditambak tinggi sering ditenggelami air. Menurut Haji Hashim penduduk kampung yang juga jiran kami yang paling rapat, kalau taman kami kena banjir, Bandar Segamat tentunya tenggelam. Apatah lagi rumah beliau yang hampir separuh tenggelam. Air mula masuk ke dalam rumah kami mulai jam 7:10 pagi dan surut jam 10:00 malam macam air lalu. Kedalaman air cuma 6 inci sahaja...tetapi lumpur yang tinggal memerlukan keseluruhan rumah dicuci. Terima kasih pada staf dan kawan-kawan yang membantu.
Separuh kediaman Hj.Hashim yang bersebelahan rumah kami ditenggelami air
Kediaman kami yang dilanda banjir
Bila musim buah-buahan memang best...durian, rambutan, duku langsat...ada saja kawan yang menghantar. Durian dari kebun Haji Yusri, Timbalan Pengarah HEA amat sedap isinya..ambil lah berapa banyak nak ambil katanya (dan setiap musim durian memang beliau akan memberi saya)...terima kasih juga kepada kawan-kawan yang lain Zahar,Salim, Farid, Hj. Hashim, Dr. Syed Omar...terima kasih...tak lupa juga makan ikan sungai seperti baung , lais dan patin serta dapat juga makan daging kancil salai masak lemak cili api...fuhhh...
Mengemas rumah walaupun banyak barang-barang ditinggalkan amat meletihkan. Kadang-kadang buntu mana nak kemas dulu.
2 comments:
Salam, saya nak minta kebenaran utk gunakan gambar-gambar yg ada dalam entri ini utk kajian akhir tahun ijazah senibina saya, bolehkah?
kalau saya boleh dapat emel saudara, saya akan jelaskan lebih lanjut. terima kasih.
aquasis00@yahoo.com
Salam, saya nak minta kebenaran utk gunakan gambar-gambar yg ada dalam entri ini utk kajian akhir tahun ijazah senibina saya, bolehkah?
kalau saya boleh dapat emel saudara, saya akan jelaskan lebih lanjut. terima kasih.
aquasis00@yahoo.com
Post a Comment