Sunday, November 8, 2009

MAJLIS PERPISAHAN EN.OTHMAN

En. Othman Ibrahim, Ketua Timbalan Pendaftar bagi saya seorang Ketua, teman dan sahabat. Beliau bersara pilihan. Seorang yang berpengalaman, tegas dan teliti. Saya amat menghormati beliau. Pengalaman bekerja di bawahnya walaupun hanya 5 bulan amat berharga buat saya. Dalam ketegasan dan ketelitian beliau, ada ruang budibicara...yang akhirnya kita berasa hormat dengan keputusan yang dibuat walaupun kita kalah dalam perbincangan.

Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM) bersungguh-sungguh untuk meraikan secara gilang gemilang majlis untuk En. Othman. Saya diajak turut serta dalam perbincangan itu walaupun saya 'orang baru' di JPSM. Majlis diadakan di hotel Bluewave Shah Alam dan diserikan lagi dengan kehadiran staf-staf yang pernah bertugas di bawah En. Othman serta kehadiran istimewa Pendaftar, Dr. Hajah Zahrah Mokhtar. Kesungguhan staf JPSM untuk meraikan En. Othman melambangkan kasih dan hormat mereka kepadanya. Begitu juga saya. Walau seketika berkhidmat di bawah beliau, saya dapat rasakan 'aura' tersebut. Bersemangat saya untuk menerbitkan klip video sebagai kenangan.Pengalaman bersama 'My Friends Production' di UiTM Johor memudahkan tugas saya. Sebagaimana seronok dan terharunya saya diraikan oleh Pengurusan UiTM Johor semasa majlis perpisahan saya ke Shah Alam, saya mahu buat yang terbaik untuk En. Othman sebagai kenangan kepada beliau.

Bila ditetapkan majlis diadakan pada hari Jumaat malam (sedangkan setiap minggu hari Jumaat hingga Ahad saya balik ke Segamat untuk bersama isteri dan anak-anak serta balik ke Pontian untuk menjenguk Emak di Ayer Baloi), untuk majlis En.Othman , saya tak balik minggu ini, saya bawa isteri dan anak-anak (Ika dan baby) menginap di Bluewave dan bayarkan untuk mereka menyertai majlis ini. Setiap bahagian diminta membuat persembahan dalam majlis ini...dan untuk En. Othman, saya persembahkan lagu 'Hancur Badan di Kandung Tanah' berduet dengan isteri saya...

Kenangan bersama staf JPSM
Kata En. Othman " semakin kita melangkah selepas bersara, semakin kita akan rasa kehilangan seorang teman, tetapi saya berharap saya tidak akan kehilangan sahabat yang sejati..."
Selamat bersara En. Othman. Semoga sihat sejahtera bersama keluarga tercinta dan dirahmati Allah s.w.t

No comments: