Monday, April 11, 2011

HARI LAHIR : DIRAIKAN

Pusat Perancangan Strategik (PPS) meraikan hari lahir staf bagi setiap bulan...dan bulan Mac ini saya, Dr. Ahmad Naqiyuddin dan Apad di raikan. Tarikh hari lahir saya sama dengan Dr. Ahmad Naqiyuddin iaitu 26 Mac. Sudah tentunya sambutan seumpama ini meriah walaupun diadakan secara sederhana. Apatah lagi dengan kehadiran boss kami, Dr. Zaini, Timbalan Naib Canselor.



Teringat saya program seumpama ini di UiTM Segamat semasa saya mengetuai Bahagian Pentadbiran di sana. Setiap bulan kami raikan staf yang menyambut hari lahir dan ia mengeratkan lagi ukhuwah dan persahabatan. Semoga program ini berterusan...
Saya juga diraikan dan menerima cenderahati sempena kelahiran anak saya yang ke 6, Farena Alesya. Terima kasih kepada semua kawan-kawan di PPS...

Sunday, April 10, 2011

SAMBUTAN HARI LAHIR

Farena Aleysha dilahirkan pada 12 Mac, saya pada 26 Mac, Achik anak saya yang ke 5 pada 28 Mac dan isteri saya pada 5 April . Tarikh yang berdekatan. Kami meraikan sambutan hari lahir bersama keluarga dengan menu utama Nasi Arab. Sempena hari lahir saya, isteri saya open table di Restoran Saba nasi Arab di Cyber Jaya...(walaupun masih dalam pantang..). Turut serta mertua dan adik saya bersama suami dan anaknya.

Farena Alesya turut serta makan nasi Arab...
Hari lahir Achik kami raikan di rumah saja. Janji ada kek memadai bagi Achik. Tahun lepas kami raikan di Kenny Rogers Plaza Alam Central...kali ini kat rumah aje...meriah juga sebab atuknya dan adik saya serta anaknya ada...tambah meriah lagi dah ada Farena Aleysha...5 April saya pulak open table untuk birthday isteri saya. Kali ini saya bawa ke restoran Nasi Arab di Seksyen 9 Shah Alam..Zam- zam Arabic Food. Tahun lepas semasa baru pindah ke Shah Alam ini dan baru berjinak-jinak dengan nasi Arab, kami raikan di restoran Sahara Tent. Menu sambutan tahun ni Nasi Arab jugalah nampaknya...
Inilah kad ucapan yang dibuat sendiri oleh anak-anak saya...mereka berpakat nak surprised kan mamanya...masa isteri saya bersiap-siap nampak mereka tekun menulis dan menghias kad masing-masing..."Abah jangan bagi tahu mama tau..." bila saya menjenguk apa yang mereka tulis...