Pusat Perancangan Strategik (PPS) meraikan hari lahir staf bagi setiap bulan...dan bulan Mac ini saya, Dr. Ahmad Naqiyuddin dan Apad di raikan. Tarikh hari lahir saya sama dengan Dr. Ahmad Naqiyuddin iaitu 26 Mac. Sudah tentunya sambutan seumpama ini meriah walaupun diadakan secara sederhana. Apatah lagi dengan kehadiran boss kami, Dr. Zaini, Timbalan Naib Canselor.
Saya juga diraikan dan menerima cenderahati sempena kelahiran anak saya yang ke 6, Farena Alesya. Terima kasih kepada semua kawan-kawan di PPS...
Teringat saya program seumpama ini di UiTM Segamat semasa saya mengetuai Bahagian Pentadbiran di sana. Setiap bulan kami raikan staf yang menyambut hari lahir dan ia mengeratkan lagi ukhuwah dan persahabatan. Semoga program ini berterusan...
2 comments:
tahniah di atas kehadiran cahaya mata yang baru...semoga bertambah rezeki dan dimurahkan rezki hendakNya...
Seronok bila berada di dunia PPS nih...semuanya rasa seperti dihargai kan?
Betul tu Fendi...semoga kita dapat memberikan perkhdmatan yang terbaik...InsyaAllah...Amin.
Post a Comment