Saturday, September 11, 2010

KIJANG, KANCIL DAN IKAN SERAHAK

Raya tahun ni dapat makan kijang, kancil dan ikan serahak (adik beradik ikan lais - sejenis ikan sungai)...pertama kali tahu ada spesis tu. Semuanya tu kami makan di rumah Salim, staf UiTM Johor. Semasa dalam perjalanan balik ke kampung hari tu, beliau bersungguh-sungguh suruh datang ke rumahnya beraya...ada menu istimewa katanya. Sebagaimana tahun-tahun lepas menu istimewa beliau selalunya ayam kampung dan ikan baung masak lemak cili api selain sup tulang dan rendang daging.
Licin nasi dan lauk pauk
Anak-anak saya bila sebut nak beraya rumah Salim dah terliur dan terbayang masak lemak cili apinya yang power. Memang power. walaupun pedas berasap tapi terangkat. bukan nak bodek sebab makan free, sememangnya kenyataan tu he...he...he...apatah lagi kali ni dapat makan daging kancil, kijang dan ikan serahak. Daging kancil dan ikan serahak masak lemak cili api manakala daging kijang masak kerisik.

Terima kasih En. Salim...

Termenung nampak lauk dan nasi habis licin...he...he..he...
Petang singgah rumah orang tua En. Hussin, kesian En. Hussin demam...dah 5 hari katanya...semoga cepat sembuh...

No comments: