Saturday, September 18, 2010

RAYA DI SHAH ALAM

Saya balik ke Shah Alam hari Khamis 16 September...17 hb (Jumaat) dah mula kerja. Perjalanan tenang dan kereta pun tak banyak. Hari Jumaat ke pejabat...ada 9 orang staf yang dah naik kerja...tak lah sunyi sangat. Ayong dan Kak Ngah nak ikut balik ke Shah Alam walaupun hanya 2 malam saja.

Seronok berkumpul anak beranak di rumah Shah Alam ni...kalau tak cuma Baby, Ika dan Aiman aje. Dapatlah kami sekeluarga bergambar sempena hari raya di rumah ini selepas pekena nasi Arab.
Pagi tadi Ayong dengan Kak Ngah balik semula ke Segamat. Kami hantar mereka ke Stesen Bas di Seksyen 17. Mereka pun rindu dan tak puas untuk bersama-sama dengan adik-adik mereka.
Petang ada rumah terbuka di hujung perumahan kami . Semasa di Segamat hampir setiap tahun kami buat jamuan hari raya...mungkin ramai yang membantu tambahan keluarga pun dekat.

Abu Hassan serta keluarga juga hadir di rumah terbuka En. Selamat

Badar, sahabat saya sejak bujang lagi semasa kami bertugas di Sabah telefon beritahu nak datang ke rumah semasa kami beraya di rumah terbuka En. Selamat. Bila dah nama kawan datang, sembangnya jadi lama walaupun kami dah sama-sama bertugas di Shah Alam ni.
Untuk kawan-kawan yang nak datang beraya ke rumah kami di Shah Alam ni beritahulah...Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

2 comments: