Friday, October 30, 2009

MAJLIS PERPISAHAN

Majlis 1

Saya bercuti. Balik kampung kerana ada kenduri kahwin yang dibuat oleh adik saya di Ayer Baloi. Lepas sarapan pagi (di Lontong Klang seksyen 7...kena cuba sedap ni) dengan Bro Salim yang setia bermalam di kondo saya he..he..he..saya memandu pulang dengan penuh keseronokan. Saya singgah di UiTM Segamat dan ke Pejabat Pentadbiran. Petang ada jamuan perpisahan untuk pensyarah yang berpindah anjuran Kelab Pensyarah di VIP Hotel Segamat dan isteri saya antara yang diraikan. Saya, baby dan Ika turut hadir. Sebelum itu mereka telah diraikan oleh Pengurusan UiTM Johor bersama Pengarah dan Ketua-ketua Bahagian. Bermula 1 Disember ini, isteri saya akan bertukar ke Shah Alam dan ditempatkan di Kampus Bandaraya Kuala Lumpur (Kampus Alamanda). Selamat datang semoga perpindahan ini penuh rahmat Allah s.w.t dan hikmahNya serta penuh keberkatan untuk kita sekeluarga...Amin

Antara tetamu VIP...he..he..he..

Majlis 2

Staf Bahagian Pentadbiran dan En Badrol menjemput saya ke majlis perpisahan Jaja yang akan bertukar ke Bahagian HEA. Terima kasih atas jemputan berkenaan. Kebetulan saya berada di Segamat dan saya amat menghargai jemputan ini. Jaja melapor diri waktu saya baru ditempatkan di Bahagian Pentadbiran. Seorang yang cepat belajar dan penuh komited pada kerjanya. Untuk Jaja, didoakan pertukaran Bahagian ini akan meningkatkan lagi kecekapan dan semoga terus cemerlang...

No comments: