Saturday, September 5, 2009

DEMAM

Ika demam dari minggu lepas lagi. Isteri merahsiakan daripada saya tahap sebenar demam Ika. Mungkin tidak mahu mengganggu saya atau merisaukan saya. Beliau hanya sekadar memberitahu Ika demam berbalik-balik dan dah pergi klinik dua tiga kali. Berurut pun sudah sebab kadang-kadang Ika kena demam urat. Maklumlah anak yang tengah lasak. Tapi demamnya masih tidak kurang. Jauh disudut hati saya tahu kesusahan dan kepayahan isteri menguruskan keadaan ini. Jam 2:00 pagi ke klinik apabila badan Ika panas. Masa saya balik minggu lepaspun Ika masih belum sembuh dan nampak cengkung.
Semalam saya balik kerana hari ini saya bercuti...hati rasa tak tenang walaupun isteri beritahu Ika dah semakin pulih. Saya sampai rumah jam 10:30 malam. Seronok rasanya melihat Ika dan Baby berlari-lari gembira melihat saya balik. Lepas solat saya terus bawa mereka pergi 'mengeteh' di IOI. Lepas tu bawa mereka pusing sekitar bandar Segamat sehingga ke Simpang Muazam. Hampir jam 1:00 pagi baru kami balik ke rumah. Ika dah mula bercakap dan cergas kembali. Yang nyata dia dah mula 'kemaruk' makan setelah demam dan tidak berselera makan hampir 2 minggu. Syukur Alamdullilah.

2 comments:

Anonymous said...

siannyerrr ika teww.. salam ramadhan abang ar itteww..

AR Johor said...

yginsaf4...thanks kerana mengunjungi blog ini... Alhamdullilah Ika dah sihat