Hari ini ke majlis jemputan perkahwinan anak Prof.Madya En. Ismail Shari . Saya sekeluarga bertolak dari Shah Alam jam 10:30 pagi dan sampai jam 1:00 tengahari. Gembira dapat berjumpa ramai kawan-kawan yang hadir ke majlis berkenaan. Staf-staf yang pernah berkhidmat di Segamat satu ketika dulu ramai yang datang. Tn. Hj. Razali dari Pahang dan En. Hasmad dari Kedah, Tn.Hj. Jamaluddin Ardani, En.Adi Zuraini dan yang lainnya serta Dekan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Dr. Rudzi Munap juga ada.
Apa yang nyata, PM Ismail yang saya kenal adalah seorang yang 'mesra rakyat'..seorang yang bergaul dengan semua peringkat dan pemurah..dan sudah tentu kehadiran ramai kenalan lamanya serta penglibatan staf sebagai tenaga kerja majlis ini adalah sebagai satu penghargaan dan penghormatan kepada PM Ismail dan keluarga.
Tahniah...

Senja di Water Front Kota Kinabalu dari bilik hotel























Saya ke Singapura, menghadiri seminar Strategic Workforce Mobility for Talent Development and Retention di Shangri La and Traders Hotel, Cuscaden Road bermula 18 hingga 19 Mei 2010. Hampir 25 tahun saya tidak ke Singapura. Seingat saya last sekali masa dengan rakan-rakan UUM, Amzam, Sofiee, Manaf, Abu Hassan dan Shahruddin.
Ia mengingatkan kenangan saya dengan arwah Abah. Semasa kecil dulu, beliau sering membawa kami ke Singapura. Tempat-tempat seperti Arab Street, Geylang Serai, Woodlands, Pulau Sentosa adalah tempat yang biasa dikunjungi waktu itu...satu lagi tempat ialah kawasan patung-patung China. Saya adik beradik panggil Hoban Ho...tak tahu kenapa..memang itu agaknya nama tempat tu...Semasa dalam perjalanan dari Changi Airport ke hotel...saya jadi sebak dan bergenang airmata teringatkan arwah Abah...
Masa yang terluang saya gunakan untuk meronda dengan train (MRT)...lebih mudah, cepat dan murah berbanding dengan teksi. Tempat pertama yang saya tuju ialah Arab Street...teringatkan baryaninya dan murtabak dan di situlah Abah selalu bawa kami makan selain di Geylang Serai.









