Sunday, April 4, 2010

EPI BESDAY MAMA

Besok 5 April birthday Mama. Epi Besday Mama...semoga Mama sihat, murah rezeki dan dirahmati Allah s.w.t. Terima kasih atas kasih sayang Mama daripada Abang dan anak-anak.
Malam tadi saya bawa isteri dan anak-anak makan malam untuk meraikan birthday isteri. "Abah nak bawa pergi mana? tanya Ika..."kita pergi dekat-dekat sini ajelah...lepas tu nak bawa Abang Uda ke klinik.." Bila saya bawa kereta masuk ke Plaza Masalam, "hah...kat Pelita aje...kata Ika..." Restoran Pelita Nasi Kandar tempat lepak kami hampir setiap minggu.."kat sini pun ok jugalah...jom kita pergi beli kek.."
Kami sambut birthday di Sahara Tent, Plaza Masalam, Restoran makanan Arab. Bila waiter nampak kami bawa kek, dia ambil kek berkenaan dan bawa ke dapur dan datang semula bila makanan dah terhidang dengan diiringi lagu Happy Birthday...lagu Arab yang berkumandang semasa kami masuk dihentikan seketika. Rasanya pelanggan yang ada tertumpu ke meja kami apatah lagi bila lagu Happy Birthday yang dipasang dah habis, baby dengan suaranya yang kuat secara spontan dan solo menyambung "epi besday to you, epi besday to you, epi besday to you mama, epi besday to you..." disampung tepukan pelanggan lain yang ada.
Happy Birthday Mama...

7 comments:

Sandora said...

Thank you for a very special celebration.I love you and all our kids! Mmmmuaah..!

Hayati said...

Wah, ini sekali b'day semua dekat-dekat ni.Happy belated b'day untuk semua orang. Sofiee juga sambut 1 April.Tapi tak sempat masuk blog la pulak. Tahniah kerana menghargai family.

AR Johor said...

TQ yati...Salam untuk Sofiee...happy belated birthday untuk dia jugak...memang lama sungguh tak jumpa dia...

belum berkesempatan cuti untuk ke Penang...tengoklah nanti...kalau mai Shah Alam contact kami no...

Hayati said...

Sofi selalu pi meeting di Putrajaya. Ni rasanya pertengahan bulan 4 ni, pi lagi. Dia jaga bahagian pembangunan kastam Pulau Pinang, rasanya. Saya bukannya tau sangat. Sebab tu dia kerap meeting kat Putrajaya. Nanti saya bagi tau dia ye...

NIK said...

Assalamualaikum.

Kedai masakan arab tu kat mana?bagi detail tempatnya. tq

AR Johor said...

Salam Sdr Nik...terima kasih sudi ziarah..tempatnya kalau dari KLCC terus ke simpang empat Ampang Park(sebelah kanannya hotel Nikko..kalau belok kanan simpang gi Tabung Haji)...dia ni jalan terus arah ke Ampang...dalam 5 -10 minit dari simpang tu cari Sucasa Apartment (sebelah kiri)..masuk lorong sebelum Sucasa dan jumpa jalan Damai belok kiri..jumpalah..

AR Johor said...

Salam Saudara dari Singapore...boleh email ke keyrolejsl@yahoo.com
ada perkara nak tanya...

TQ