Antara lori yang membawa lembu-lembu yang akan dikorbankan di Masjid Negeri Shah Alam...
Raya ni kami tak balik kampung. Pagi solat di Masjid Negeri Shah Alam. Masa parking nampak kawan lama semasa di UiTM dulu, Zailanee Zainal...ajak dia dan keluarganya datang rumah lepas zohor.
Zailanee Zainal dan keluargaLepas solat, ke Surau Seksyen 9, dihujung rumah saya. Ada majlis korban. 24 ekor lembu dikorbankan....satu jumlah yang besar yang pernah saya hadiri. Proses gotong royong berjalan lancar dan begitu profesional. Meriah.
Jawatankuasa di perumahan Seksyen 9 ni memang aktif. Hari sabtu malam ahad ini ada jamuan sempena Aidil Adha. Ada yang bermurah hati menyumbangkan 2 ekor lembu untuk kami di perumahan Seksyen 9 ini. Syukur Alhamdullilah.
No comments:
Post a Comment