Thursday, November 25, 2010

SUNWAY LAGOON

Kerana agak sibuk juga minggu lepas, saya dan isteri mengambil keputusan bawa anak-anak ke Sunway Lagoon. Hari Isnin lepas saya ambil cuti untuk berehat bersama keluarga. Kami menginap di Hotel Sunway Pyramid walaupun jaraknya dari Shah Alam dalam setengah jam aje. Bukan ape...nak berehat bersama keluarga kerana semuanya dah berkumpul. Ayong dah Kak Ngah dah balik ke Shah Alam sempena cuti sekolah ini. Tambahan pula kami dapat tiket ke Sunway Lagoon percuma sumbangan Zue dan Alvyn. Terima kasih banyak-banyak.






Dah nama mandi kolam dan bercuti, walau jari dah kecut, baby dengan Ika tetap buat tak tahu aje bila masa bersantai dah nak habis. Selagi wisel dan siren belum berbunyi dia orang buat macam baru sampai aje...takpelah...sekali sekala...





Sebenarnya saya juga seronok dan teruja untuk bawa anak-anak berehat dan bercuti...dan minggu ini betul-betul kami rehat sekeluarga.

Tuesday, November 23, 2010

PERTEMUAN

SAHABAT LAMA 1


Kami satu rumah semasa di Universiti dulu. Kegemaran yang sama...main catur. Mohd Zahir Abu Hassan berasal dari Kedah. Masih ingat lagi waktu saya pergi ke rumah datuknya semasa belajar dulu, satu guni buah mangga diberinya untuk dibawa balik ke Johor. Hampir 20 tahun tak jumpa. Abu Hasan yang tinggal di belakang rumah saya memaklumkan Zahir akan datang ke rumahnya jam 4:00 petang. Saya bergegas dari Ampang untuk balik ke Shah Alam. Satu pertemuan yang amat bermakna...

SAHABAT LAMA 2
Zailanee Zainal bertugas hampir 8 tahun di Bangkok. Baru-baru ini balik semula ke Malaysia dan bertugas di Kelana Jaya. Beliau menetap di Setia Alam. Beliaulah orang yang mengerakkan beberapa orang rakan untuk berkumpul di Shah Alam...dan mereka sempat berkunjung ke kediaman saya.
Dr. Zulkifli Mohamed, sekarang bertugas sebagai Timbalan Dekan di UPSI. seorang yang cool dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah di UiTM Sarawak dan UiTM Pahang.
Ahmad Jefiruddin, sekarang bertugas sebagai Pengurus TM dan menetap di Cheras. Semasa saya di Sabah, beliau datang berkunjung dan menginap di kediaman kami. Selepas itu kami tidak bertemu sehinggalah hari ini...atas insiatif Zailanee. Kami sempat juga berkunjung ke kediaman Prof.Madya Dr. Ismail Nasiruddin, kawan serumah kami semasa menuntut di UiTM dulu.



Terima kasih Zai kerana mengusahakan pertemuan ini. Beliau sedang giat mencari kawan-kawan yang lain dan bercadang untuk mengumpulkan semula rakan-rakan bagi mengadakan dan menjayakan hari keluarga kami...

Thursday, November 18, 2010

AIDIL ADHA

Antara lori yang membawa lembu-lembu yang akan dikorbankan di Masjid Negeri Shah Alam...
Raya ni kami tak balik kampung. Pagi solat di Masjid Negeri Shah Alam. Masa parking nampak kawan lama semasa di UiTM dulu, Zailanee Zainal...ajak dia dan keluarganya datang rumah lepas zohor.
Zailanee Zainal dan keluarga
Lepas solat, ke Surau Seksyen 9, dihujung rumah saya. Ada majlis korban. 24 ekor lembu dikorbankan....satu jumlah yang besar yang pernah saya hadiri. Proses gotong royong berjalan lancar dan begitu profesional. Meriah.
Jawatankuasa di perumahan Seksyen 9 ni memang aktif. Hari sabtu malam ahad ini ada jamuan sempena Aidil Adha. Ada yang bermurah hati menyumbangkan 2 ekor lembu untuk kami di perumahan Seksyen 9 ini. Syukur Alhamdullilah.