Anak saya diberi 2 tiket untuk menyaksikan pertandingan bolasepak Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam oleh pihak sekolahnya. Adik ipar saya juga dapat 2 tiket. Kami sepakat untuk pergi dengan En. Wahid jiran sebelah dan anaknya Shahmi. Kami bertolak lepas solat Maghrib...jarak rumah kami ke Stadium lebih kurang 10 minit aje.
Kami tiba stadium orang dah ramai dan tiupan vuvuzela menambahkan hangat suasana stadium. Sempat belikan Aiman jersey Selangor (hidup Johor...) dan dia dengan Shahmi tentunya seronok sebab pengalaman pertama tengok bola di Stadium yang gegak gempita (walaupun perlawanan sumbangsih...kalau Piala Malaysia mungkin saya kena fikir dua tiga kali...)
Pertandingan dimulakan dengan aksi pemain-pemain veteran dan semasa rehat separuh masa ada persembahan dari David Arumugan, Fransesca Peter dan Jamal Abdillah...memang seronok..
Sambutan hangat untuk Jamal Abdillah...
Pertandingan malam ni berjalan lancar dan ramai yang datang bersama keluarga...malah ada yang bawa anak-anak kecil lagi dalam lingkungan umur 8 bulan...walaupun tidak sepenuh pertandingan Piala Malaysia tetapi kehadiran penyokong yang memenuhi lebih separuh stadium memang memberikan pengalaman baru untuk Aiman dan Shahmi...
Penyokong Singapura...
Dalam kerisauan ramai orang yang akan hadir ke stadium...urusan kami benar-benar di permudahkan olehNya. Bermula mudahnya kami mendapat parking hinggalah selepas tamat pertandingan kenderaan kami meluncur lancar keluar kerana aliran trafik disetiap persimpangan baik yang dikawal oleh polis trafik mahupun lampu isyarat memberikan laluan terus untuk kami. Ia bukan kebetulan...tetapi doa yang dimakbulkan. Sesuatu yang saya pelajari daripada Prof. Kamil.
No comments:
Post a Comment