Tuesday, October 19, 2010

JASAMU DIKENANG

UiTM meraikan staf yang telah berkhidmat selama 25 tahun dan 30 tahun dalam Majlis Jasamu Dikenang. Turut diraikan staf yang bersara. Rakan-rakan dari UiTM Sabah juga tidak ketinggalan. Sekali lagi saya sekeluarga mengundang rakan-rakan dari Sabah ke rumah. Walaupun sebilangan dari mereka telah datang syawal lalu, jasa dan budi baik mereka semasa saya berkhidmat di Sabah juga harus dikenang...selagi hayat dikandung badan. Kami amat mesra dan akrab...dan rasa terharu apabila mereka terlebih dahulu bertanya khabar dan menghubungi.
dari kiri...Rosmah,Rapidah, Geneve dan Salomah
Macam kembar pulak Hj.Maidin dengan Maidi ni...
Mr.Barry boleh tahan pedas ah... Jamal dan Hamdan...maintain
Sudin...yang mahal gambar belakang tu...yang pakai baju askar tulah...kah3
Noriah (tudung hijau) dan Dayang (kanan sekali)...
Sempat juga saya bawa mereka ke Uptown di seksyen 24.
Hj....banyak kasut tu...hari Ahad di Stadium Shah Alam lagi banyak pilihan...
Hj. dan Sudin macam penguatkuasa aje...
Terima kasih kerana berkunjung ke rumah kami...jauh di mata dekat di hati...

Sunday, October 17, 2010

BOLASEPAK PIALA SULTAN SELANGOR

Anak saya diberi 2 tiket untuk menyaksikan pertandingan bolasepak Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam oleh pihak sekolahnya. Adik ipar saya juga dapat 2 tiket. Kami sepakat untuk pergi dengan En. Wahid jiran sebelah dan anaknya Shahmi. Kami bertolak lepas solat Maghrib...jarak rumah kami ke Stadium lebih kurang 10 minit aje.
Kami tiba stadium orang dah ramai dan tiupan vuvuzela menambahkan hangat suasana stadium. Sempat belikan Aiman jersey Selangor (hidup Johor...) dan dia dengan Shahmi tentunya seronok sebab pengalaman pertama tengok bola di Stadium yang gegak gempita (walaupun perlawanan sumbangsih...kalau Piala Malaysia mungkin saya kena fikir dua tiga kali...)
Pertandingan dimulakan dengan aksi pemain-pemain veteran dan semasa rehat separuh masa ada persembahan dari David Arumugan, Fransesca Peter dan Jamal Abdillah...memang seronok..
Sambutan hangat untuk Jamal Abdillah...
Pertandingan malam ni berjalan lancar dan ramai yang datang bersama keluarga...malah ada yang bawa anak-anak kecil lagi dalam lingkungan umur 8 bulan...walaupun tidak sepenuh pertandingan Piala Malaysia tetapi kehadiran penyokong yang memenuhi lebih separuh stadium memang memberikan pengalaman baru untuk Aiman dan Shahmi...
Penyokong Singapura...

Dalam kerisauan ramai orang yang akan hadir ke stadium...urusan kami benar-benar di permudahkan olehNya. Bermula mudahnya kami mendapat parking hinggalah selepas tamat pertandingan kenderaan kami meluncur lancar keluar kerana aliran trafik disetiap persimpangan baik yang dikawal oleh polis trafik mahupun lampu isyarat memberikan laluan terus untuk kami. Ia bukan kebetulan...tetapi doa yang dimakbulkan. Sesuatu yang saya pelajari daripada Prof. Kamil.

Tuesday, October 12, 2010

TETAMU DARI UiTM JOHOR

"Mama...dah habis kelas ke?...Kawan-kawan dari UiTM Johor datang Shah Alam...lebih kurang 17 orang...dia orang menginap di Concorde...sempat ke nak masak...nak ajak dia orang datang rumah...'Okay...Mama ke Tesco..." Jam dah 5:30 petang. saya sampai rumah pukul 6:45 petang semua makanan dah nak siap masak. Lepas magrib kami bersiap untuk menanti kunjungan tetamu diketuai Dr. Hj. Omar Samat, Pengarah UiTM Johor. Hadir sama Pn. Azizah Aris Timbalan Pengarah dan rakan-rakan pentadbir dan pensyarah. Mereka datang untuk pertandingan inovasi.
Brother Salim memulakan majlis
Dr. Lau dan Muruga
Kumpulan ini gelak sakan bercerita...nak join nanti dia orang kata menyibuk pulak...sesekali dia orang berkumpul...sempat juga saya curi ambik gambar...
Khusyuk Dr.Lau dan Muruga mendengar cerita Dr. Omar...mungkin perancangan beliau sebagai Pengarah UiTM Johor
Pasangan bahagia...ceria Muruga bakal jadi bapa...Duduk luar...sesi 'menghalau nyamuk'
Senyum Amin sama je macam adik ipar saya
Pekena kopi kampung
Terima kasih pada semua yang datang khususnya pada Dr. Omar. Semoga UiTM Johor terus cemerlang dan dirahmati Allah dibawah kepimpinan tuan. Amin...

Sunday, October 3, 2010

RAYA PPS

Hasil kesepakatan...Hari Raya Keluarga Pusat Perancangan Strategik (PPS) disambut meriah. Program yang diatur berjalan lancar. Timbalan Naib Canselor Dr. Zaini dan keluarga serta staf yang juga datang bersama keluarga masing-masing berpakaian sedondon menambah seri sambutan syawal PPS walaupun sebenarnya dah masuk minggu ketiga.
Menu memang gempak...macam-macam ada. Terima kasih kepada TNC Dr. Zaini yang bermurah hati menghulurkan duit raya kepada anak-anak staf yang hadir...didoakan moga murah rezeki bos...
Duit raya untuk anak-anak staf dari Dr.Zaini
Pelbagai menu disediakan...
Kemeriahan diteruskan dengan sesi bergambar...dari gambar keluarga besar PPS, bergaya sakan jejaka-jejaka PPS termasuklah ketua-ketuanya dan barisan selebriti macam barisan aktres yang dicalonkan untuk bintang popular...memang sporting dan meriah...

Jejaka-jejaka PPS bergaya diketuai oleh TNC Dr.Zaini

Pewitttt...

Bujang dan Dara...

Sebahagian anak-anak staf PPS

Tahniah kepada semua staf di atas kejayaan menganjurkan majlis jamuan raya ini...