Dah seminggu saya berkhidmat di Bahagian Perjawatan (Akademik). Apa yang nyata En. Zulkefli Sohaimi yang akan bertukar ke UiTM Perlis banyak membantu saya. Dan seminggu ini banyak perkara-perkara baru yang saya pelajari.
Petang Jumaat selepas kerja saya balik ke Segamat. Sampai di Segamat saya bawa isteri dan anak-anak makan di Juara Tomyam (tempat Dr.Syed Omar belanja saya makan). Anak-anak berkumpul kerana cuti sekolah. Pagi tadi isteri saya menyediakan sarapan yang cukup menyelerakan apatah lagi seminggu ni asyik makan kat luar aje. Bubur nasi dengan sambal ikan bilis goreng, telur masin, paru-paru goreng dan menu yang baru dicubanya iaitu lontong goreng. Memang sedap. Rasanya pagi ini amat meriah betul bersarapan sebab lama kami tak dapat berkumpul bersama. Ayong dengan Kak Ngah di asrama, Abang Uda pulak tinggal dengan Atuk. Petang saya balik bersama keluarga dan tidur di Ayer Baloi. Jengok Emak. Besok dah balik Shah Alam semula...Fuh...rutin baru yang perlu disesuaikan. Semoga ada hikmahnya dan diberkati...Amin..
4 comments:
Kena Redha tu....Doa kena selalu..
Salam Sifu...sememangnya aku penuh redha dan tawakal..terima kasih..semoga nasihat dan doa kawan-kawan menambahkan kekuatan untuk kejayaan dan kecemerlangan.15hb ni PTK jangan lupa nak tumpang. Semoga kita berjaya dengan cemerlang. InsyaAllah..
sonoknyerr dapat bersarapan dgn keluarga ghitewww.. salammm bro
Salam perkenalan yginsaf4..terima kasih.
Post a Comment