Friday, May 15, 2009

HARI YANG SIBUK

Hari ni hari yang sibuk. Aktiviti kampus penuh. Pagi diadakan pertandingan 'Battle of the Drum'..pertandingan percussion antara kampus UiTM. Satu pertandingan yang hebat dan keseluruhan program berjalan lancar di Dataran Segamat. TNC HEP juga hadir memeriahkan majlis. Menang kalah memang adat pertandingan...tapi sebenarnya ramai yang menjangkakan UiTM Johor menang..tapi akhirnya tewas pada UiTM Trengganu..juara bertahan. Apa-apa pun saya bangga dan tak sangka persembahan UiTM Johor begitu baik dan cemerlang. Tahniah untuk mereka...

Persembahan yang menarik dari UiTM Johor

Terlintas juga di hati...topi ni kot yang menyebabkan markah dipotong

Semoga mereka berjaya pada tahun depan...Amin

Petang mesyuarat sebut harga. Terdapat hampir 30 sebutharga yang perlu dibincangkan. Lepas Solat Asar disambung dengan Majlis Penyerahan Bendera untuk Kontijen UiTM Johor yang akan berjuang dalam sukan Antara Kampus di UiTM Trengganu dari 18 hingga 22 Mei ini.

Selepas itu, saya bersama Pengurusan UiTM Johor ke rumah Tuan Badar (bekas Pegawai Keselamatan UiTM Johor) di Melaka. Ibu beliau meninggal dunia dan kami hanya berkesempatan untuk berjumpa beliau petang ini. Semoga roh ibunya dicucuri rahmat.

Hari ini juga saya berasa amat terharu apabila Prof menyatakan untuk meraikan saya makan ikan bakar di Muara Sungai Duyung...25 Mei nanti saya dan keluarga dijemput ke rumahnya juga untuk diraikan. Semakin hampir 1 Jun, semakin rindu saya pada suasana kekeluargaan di kampus ini, rindu pada 'setiakawan' dan rindu pada 'keikhlasan' yang tulus dan murni.

'You nak makan apa Rul?' 'Ketam jawab saya spontan'..penuh meja dengan masakan ketam, udang, ikan, sotong, lala, otak-otak, jelly kelapa muda dan kopi pekat serta jus buah-buahan. Bukan itu saja, dibekalkan juga dengan kerepek udang geragau masa nak balik...Terima Kasih Prof...didoakan semoga rezeki melimpah ruah dan Prof. sihat sejahtera sentiasa untuk meneruskan cita-cita murni Prof.

Nak tahu banyak ke tak banyak saya makan...ni lah gambarnya...Memang berselera makan lebih-lebih lagi bos belanja...

3 comments:

mki said...

Salam sejahtera,

Jangan... jangan....

Tiga orang yang belanja: Saya, Ustaz dan Haji Yusri.

MKI

AR Johor said...

Opss...terima kasih juga pada Tuan Hj. Yusri dan Ustaz Zaluddin. Mereka juga bos-bos saya..dan mereka antara yang kerap belanja saya...Moga dimurahkan rezeki..Amin..

M A Sabtu said...

En Khairul Anuar,

TAHNIAH di atas tugasan baru tuan di Shah Alam... tentu sekali kearah pembangunan kerjaya yang cemerlang! InsyaAllah.

Salam hjSab2
www.MDESJ.net