Monday, February 23, 2009

PCB

Bukan potongan cukai berjadual...tapi Pantai Cahaya Bulan di Kota Bahru. Sampai di Kota Bahru jam 5:00 petang. Berkesempatan dengan En. Hussin untuk menikmati suasana petang di PCB selepas pekena sotong, udang dan ikan celup tepung. Dengan LUMIX sempat saya mengambil gambar panorama sekitar PCB ini...bila melihat blog Hj. Yusof -warna memori- dengan gambar langit dan Pantai Lidonya..bersemangat saya nak mengambil gambar sekitar pantai. Tapi hari ini cuaca agak mendung sedikit. Pengunjung di PCB pun tak ramai. Tapi LUMIX tetap cuba mencari sudut yang dirasakan strategik untuk merakamkan panorama pantai ini. Dan tentunya komen daripada SiFu akan diminta..

pukulan ombak @PCB

2 comments:

mamadanish said...

Salam Bos..
Cantik gambar layang2 tu...berbaloi beli LUMIX...hehehe.
PCB ada menyimpan kenangan antara saya dan suami di saat2 dia masih beroleh kesihatan yang baik. Sekarang kalau terkenang PCB, saya pasti terfikir masih adakah kesempatan utk saya ke sana bersama dia..

Mohd Yusof said...

Salam Krule...
Bila masa lak aku jadi SiFu ni. Aku cuma kongsi ilmu je. Fotografi ni sebenarnya bergantung kepada 90% kreatifviti dan peluang dan 10% pada peralatan. Tapi kalau alat dah rosak...hilanglah peluang. Cuba ambil gambar dari sudut yang lain dari kebiasaannya barulah lahir keunikkannya. Tapi jangan ambil gambar sembarangan, bimbang keselamatan dan kena saman lak.