Friday, March 25, 2011

FARENA ALESYA

FARENA ALESYA...CAHAYAMATA KAMI YANG KE - 6
Apabila isteri memberitahu ia mengandung, saya amat gembira dan bersyukur. Bagaimanapun ada juga perasaan risau bila mengenangkan beliau pernah keguguran tiga kali dan umurpun semakin meningkat. Hampir setiap hari saya berdoa agar beliau serta anak yang dikandungnya sihat. Ketika kami diberitahu oleh doktor semasa membuat rutin pemeriksaan bahawa plasentanya berada di bawah rahim, hati saya teramat risau walaupun riaksi dan perlakuan saya nampak biasa dan terkawal. Tambahan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku sebagaimana yang diterangkan oleh doktor amat mendebarkan tambahan faktor usia dan keguguran yang pernah dialaminya. Setiap kali lepas solat, kepada Allah s.w.t saya berserah...
PUSAT PERUBATAN UMRA DI SEKSYEN 13 SHAH ALAM
BILIK-BILIK
BILIK PEMBEDAHAN
RUANG MENUNGGU
Alhamdullilah...12 Mac 2011, kami dikurniakan FARENA ALESYA. Lahir jam 11.08 pagi dengan berat badannya 3.25kg. Kelahiran melalui pembedahan. Bersempena dengan cuti sekolah, kelahirannya amat ditunggu-tunggu oleh abang-abang dan kakak-kakaknya.

Fitri Hanafie dan Fareha Syuhada
Fikrie Aiman dan Faresya Zulaikha
Fateha Syahera

Semasa menghantar isteri ke Pusat Perubatan Bersalin UMRA di Seksyen 13 Shah Alam, Ika dan Achik (dulu saya panggil baby atau Julia) ikut sama. Tak sabar mereka nak melihat 'Ucu' (panggilan untuk Farena sejak dalam kandungan lagi). Kami ditempatkan di Bilik No 3 yang mempunyai 2 katil. Apabila isteri di bawa ke tingkat atas untuk pembedahan, saya, Ika dan Achik diminta menunggu di ruang tamu tingkat tersebut. Saya berdoa dan terus berdoa agar semuanya berjalan lancar...hingga bergenang airmata memohon dan merayu kepada Nya agar semuanya selamat dan berjalan lancar. Pembedahan untuk mengeluarkan bayi saya rasa berjalan dalam masa 8 minit bila saya mendengar bunyi bayi menangis dan minta Ika dan Achik check dari bilik mana bunyi suara baby tu. "Dari bilik mama Abah.." kata Ika. Syukur...Alhamdullilah...15 minit selepas itu kami dipanggil masuk sekejap untuk melihat baby. Isteri saya masih belum keluar dan kami menunggu semula diruang tamu lebih kurang 45 minit selepas melihat baby. Sementara menunggu proses pembedahan selesai, saya mms kan gambar baby yang diambil kepada kaum keluarga dan rakan-rakan untuk berkongsi kegembiraan ini. Selepas selesai proses pembedahan, kami kembali ke bilik No.3 dan malamnya saya, Ika dan Achik bermalam di Pusat Perubatan ini.



Walaupun telah masuk anak ke 6, seronoknya macam baru dapat anak pertama . Mungkin sebab umur dah bertambah lanjut dan kami dikurniakan Allah rezeki ini...Alhamdullilah. Amin...

Friday, February 11, 2011

KONFERANSI AKADEMIK 2011, ANUGERAH KHAS DAN MAKAN MALAM

Petang tadi semasa berlangsungnya Konferansi Akademik 2011, saya mendapat panggilan daripada Prof. Kamil. "Rul, I nak belanja you makan nasi Arab di Zam-zam"."Prof kat mana ni...?" Dalam perjalanan ke Shah Alam...I dapat Anugerah Penulis Terbaik 2010...Tahniah Prof...Prof. datang makan malam di rumah saya lah malam ni..."
Prof. Kamil menerima Anugerah Khas Penulis Terbaik 2010 daripada YB Menteri

Konferansi Akademik 2011 berlangsung mulai 10 hingga 12 Februari. Kesemua Pengurusan Tertinggi UiTM dan Pengurusan Kanan Kampus-kampus Cawangan (khususnya Pentadbir Akademik) hadir dalam Konferansi ini di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) yang boleh memuatkan 4000 orang. Ramai kawan-kawan lama yang berkhidmat di seluruh kampus UiTM dapat saya temui sepanjang 3 hari ini.

Sebahagian Pentadbir Akademik UiTM Johor, Pn. Azrin. PM Nosiah, Pn.Mus,Pn.Yusliza, Datin Aryani, Emilin, Azizah (isteri Tn. Badar) dan Pn.Hazila
PM Abdullah, Prof. Kamil, En. Awang Bakar (Timbalan Pengarah HEP Sabah), Dr. Abdul Kadir (Pengarah UiTM Sabah), PM Dr. Omar (Pengarah UiTM Johor) , Tuan Badar dan PM Hj. Yusri

Malam tetamu-tetamu dari UiTM Johor dan Sabah hadir ke rumah saya. Prof.Madya Dr.Omar Samat, Pengarah UiTM Johor, Dr.Abdul Kadir Rosline, Pengarah UiTM Sabah, Prof Kamil serta Timbalan Pengarah UiTM Johor dan Sabah serta pentadbir Akademik yang lain kami raikan. Pengarah UiTM Pahang, Dato' Hilmi tidak dapat hadir kerana masih dalam perjalanan ke Shah Alam. Turut hadir Tuan Badar, Ketua Bahagian Keselamatan UiTM, rakan serumah semasa saya berkhidmat di Sabah.
Barisan 'Pilot' UiTM Johor
Terima kasih pada semua yang sudi datang.

Thursday, November 25, 2010

SUNWAY LAGOON

Kerana agak sibuk juga minggu lepas, saya dan isteri mengambil keputusan bawa anak-anak ke Sunway Lagoon. Hari Isnin lepas saya ambil cuti untuk berehat bersama keluarga. Kami menginap di Hotel Sunway Pyramid walaupun jaraknya dari Shah Alam dalam setengah jam aje. Bukan ape...nak berehat bersama keluarga kerana semuanya dah berkumpul. Ayong dah Kak Ngah dah balik ke Shah Alam sempena cuti sekolah ini. Tambahan pula kami dapat tiket ke Sunway Lagoon percuma sumbangan Zue dan Alvyn. Terima kasih banyak-banyak.






Dah nama mandi kolam dan bercuti, walau jari dah kecut, baby dengan Ika tetap buat tak tahu aje bila masa bersantai dah nak habis. Selagi wisel dan siren belum berbunyi dia orang buat macam baru sampai aje...takpelah...sekali sekala...





Sebenarnya saya juga seronok dan teruja untuk bawa anak-anak berehat dan bercuti...dan minggu ini betul-betul kami rehat sekeluarga.