Wednesday, August 13, 2008
ANAK EN. HUSSIN MASUK HOSPITAL PANTAI, MELAKA
Sunday, August 10, 2008
SELAMAT PENGANTIN BARU SHAHNAZ
Thursday, August 7, 2008
AKSI 'THE LEGEND' 3
AKSI 'THE LEGEND' 2
AKSI 'THE LEGEND' 1
PASUKAN BOLASEPAK PENGARAH - 'THE LEGEND'
Wednesday, August 6, 2008
SEPATUTNYA BERCUTI HARI NI
5 Og0s adalah tarikh yang telah ditetapkan untuk Mak (ibu) masuk ke wad untuk pembedahan lututnya..dan patutnya hari ni bercuti untuk bawa Mak ke Hospital Pakar Sultanah Aminah Johor Bahru. Dapat call dari Yen (adik) memaklumkan pembedahan ditangguhkan ke 9 September (bulan puasa) kerana masalah teknikal.Tuesday, August 5, 2008
AR BARU
Monday, August 4, 2008
SELAMAT PENGANTIN BARU
Hari ni bawa keluarga ke Temerloh, Pahang kerana menghadiri majlis perkahwinan AR HEA En. Khalid. Majlis diadakan selama 2 hari. Semalam di Hotel Seri Malaysia Temerloh, hari ni di Kampung Pangsenam, kampung halaman En.Khalid. Lebih kurang 2 jam setengah perjalanan dari Segamat ke Temerloh. Hj. Yusri Timbalan Pengarah HEA dan keluarga juga hadir hari ni. Semalam staf Bahagian HEA satu bas dari Segamat. Saya tak dapat datang semalam (Sabtu) kerana ada program bersama Pengarah di Kampus.
Wednesday, June 11, 2008
Thursday, June 5, 2008
KONFERANSI PENOLONG PENDAFTAR, BAYVIEW LANGKAWI
Sunday, June 1, 2008
JEMPUTAN KAHWIN
Saturday, May 31, 2008
BERCUTI DI MELAKA
Minggu depan akan menghadiri Konferansi Penolong-penolong Pendaftar di Langkawi. Sebelum balik dari London dah minta isteri tempahkan hotel di Melaka..untuk berehat bersama keluarga…Ajak sekali semua adik beradik…kecuali Sham dan keluarga dari K.L. tak dapat join sebab dia tak sihat…malam dah tentu pekena ikan bakar di Umbai…cadangnya nak pergi ke Sg. Duyung tapi tutup pulak…’next time’ mesti bawak mereka ke sana…sedap, cepat dan tempatnya pun bersih…menu yang dia orang tak pernah rasa tentunya ‘sepahat’ goreng cili api..cubalah…diperkenalkan oleh Prof.Kamil (Pengarah) dan Hj. Yusri (TP HEA)...dan di Sg. Duyung lebih sedap lagi masakkannya…
Friday, May 30, 2008
HEATHROW LONDON – KLIA MH001
Thursday, May 29, 2008
KOTA LONDON
Kota London...manusia bergerak pantas...kamipun ikut bergerak pantas…apatah lagi Mr.Iftikar (Pensyarah UiTM Johor-sebahagian besar familinya menetap di London) yang membawa kami bersiar-siar di Kota London sendiri berjalan pantas. Dari stesen Victoria London hinggalah ke Arsenal, Oxford Street, Buckingham Palace, Trafalgar Square dan beberapa lagi kawasan sekitar Kota London ini kami jelajahi...turun bas, naik bas, dari satu stesen ‘train’ ke satu stesen yang lain…ruang masa yang ada dan kesempatan ini kami gunakan sepenuhnya…rehat dan solat di salah satu masjid (surau) yang ada di Highbury. Makan tengahari…dah tentunya Mr. Iftikar bawa kami ke kedai Kebab..berselera sungguh makan kebab ayam, nasi, salad dan roti nan…maklumlah di Tobago asyik makan maggi, rendang dan roti yang dibawa…(En. Zul saja yang kurang selera..). Terima kasih Mr. Iftikar kerana membawa kami bersiar-siar di Kota London…
Monday, May 26, 2008
BINTANG BOLASEPAK BRAZIL
MEMBENTUK JARINGAN
ACU
(Association of Commonwealth Universities) sebagai penyelaras kepada Persidangan ini menjangkakan sebahagian permasalahan HR di universiti negara-negara Komanwel adalah sama. Seperti kata Dr. John Kirkland-Deputy Secretary General of ACU (gambar),ruang yang ada ini dapat membentuk percambahan minda bagi permasalahan berkenaan seterusnya jaringan hubungan antara peserta. Seminar yang berakhir hari ini ditutup dengan perisytiharan seminar akan datang akan diadakan di Melbourne/Sydney Australia.. Saturday, May 24, 2008
3rd CONFERENCE OF THE ACU HRM MANAGEMENT NETWORK

Saya dan En. Zulkefli Sohaimi, Timbalan Pendaftar (Perjawatan Akademik) UiTM Malaysia merakamkan ucapan penghargaan kepada Puan Pendaftar, Dr. Hajjah Zahrah Mokhtar atas pencalonan dan peluang yang diberikan kepada kami untuk menghadiri persidangan ini. Persidangan ini adalah siri yang ke-3 dan pada siri yang lalu ia telah diadakan di Kuala Lumpur. Ia dihadiri oleh peserta dari Negara-negara Komanwel dan perbincangan serta pembentangan berkisar kepada pemantapan peranan dan usaha memperkasakan pentadbiran Universiti dan peranan yang harus dimainkan oleh Pentadbir Universiti. Selain kami dari UiTM, persidangan juga turut dihadiri wakil dari UM, UIA, UPM, UMS, UMT dan Universiti Pertahanan Malaysia.













