Wednesday, September 28, 2011

RAYA PPS 2011


Sambutan hari raya Pusat Perancangan Strategik (PPS) diadakan lagi dan buat tahun keduanya saya berkhidmat di PPS ia juga berlangsung meriah dengan kehadiran staf dan keluarga masing-masing. Bagaimanapun sambutan kali ini diadakan pada sebelah malam dan kehadiran ramai staf dan keluarga menunjukkan semangat berpasukan dalam pejabat ini terjalin kukuh dan padu. Terima kasih semua staf atas sokongan yang diberikan.
Bergaya dan beraksi depan kamera menggambarkan keceriaan dan sporting nya semua staf termasuk Prof.Zaini (Timbalan Naib Canselor) dan memeriahkan lagi sesi bergambar
Tak lupa juga anak-anak staf yang hadir...berkawan, sporting dan ikut arahan...he3
Ketibaan Prof. dengan keluarga walaupun baru habis program rasmi Universiti di Kuala Lumpur dan mengharungi kesesakan jalanraya menunjukkan semangat beliau yang tinggi untuk turut serta kepada setiap program yang kami anjurkan.Selamat Hari Lahir kepada staf yang diraikan dan program ini berterusan setiap bulan. Kali ini giliran Yim, Faridah dan Azmi. Semoga sihat sejahtera, murah rezeki dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t. AminMenu utama jamuan kali ini ialah baryani gam Pontian, laksa Johor, roti jala, sate dan pelbagai lagi makanan yang disediakan... Antara keluarga yang hadir
Keluarga Pn. ZuritaKeluarga Dr.Azizan
En. Ariffin dan anak-anak

Keluarga Dr. Nazip

Keluarga Pn.ZakiahApad sentiasa sibuk dengan Nikon D90 nya...

PPS dah ready nak ke Kota Bahru dan Muar...Su, dah ada gaya tu...Amin...

Terima kasih kepada semua staf kerana apa yang dirancang berjalan lancar dan meriah...meskipun kesibukan dengan urusan di rumah dan keluarga...akhirnya dapat kita kumpulkan semua warga PPS dalam jamuan raya ini walaupun pada sebelah malam...Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semoga PPS terus ceria dan bahagia sebagai satu keluarga dan terus cemerlang dalam urusan kerja sehari-harian. Amin...

Tuesday, September 13, 2011

KUNJUNGAN MENGEJUT

Alim Konting sahabat saya yang hampir 30 tahun tak jumpa call beritahu nak berkunjung ke rumah kami di Shah Alam. Saya dalam perjalanan ke Pasar Tani terbesar di Stadium Shah Alam..."Ko balik bila...makan tengaharilah kat rumah aku...aku kat pasar tani ni..." Tak apelah...aku nak balik awal kena sampai JB sebelum pukul 4 petang..".

30 tahun bukan satu jangka masa yang singkat...masing-masing dah berkembang dan yang paling ketara perkembangan tubuh badan saya...tapi Alim tetap maintain. Beliau sekarang mengajar di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi.

Kenangan di Tingkatan 2 -1979


Raya tahun ini satu lembaran baru buat saya. Pertemuan rakan-rakan lama semasa zaman persekolahan benar-benar sesuatu yang tidak saya duga. Pernah juga terfikir kalau jumpa mereka ni, mereka boleh cam tak saya...? tapi ada seorang sahabat baik beritahu muka saya tak banyak berubah...ye..ke...cuba cari yang mana satu saya dalam gambar di atas. Alim pulak yang bergambar cekak pinggang tu...apa-apa pun nama mereka lebih 95% dalam ingatan saya...


Alim dan keluarga


Terima kasih kerana sudi contact dan berkunjung ke rumah...dapat kita mengeratkan lagi ukhuwah antara kita. Terima kasih juga pada kawan-kawan yang dapat hadir pada reunion Sekolah Kebangsaan Ayer Baloi di rumah Sabariyah Bachok. Sememangnya suasana sebegini menggamit seribu macam memori.

Rakaman terima kasih tidak terhingga kepada Sabariyah (duduk tengah) dan suaminya Zulkifli yang menjadi host pada reunion ini. Semoga kita semua sihat sejahtera, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah s.w.t. Amin.

Tuesday, September 6, 2011

BBQ RAYA



Kali ni BBQ raya dianjur oleh adik saya Yen...bersungguh-sungguh dia nak buat sebab besoknya saya dah balik ke Labis...tahun lepas begitu juga dia yang usahakan tapi saya tak upload gambar. Tahun ni buat di rumah emak...sebelum tu buat di rumah dia walaupun berdekatan. Terima kasih Yen kerana sentiasa menceriakan keluarga dan bersungguh-sungguh mengatur program untuk keluarga. Semoga sihat sejahtera dan dimurahkan rezeki serta dirahmati Allah s.w.t. Amin.

Monday, September 5, 2011

RAYA 2011

Raya kali ni turn Ayer Baloi. Bagaimanapun kami bermalam di Labis (rumah mentua) 2 malam sebelum raya. Kami selamat sampai di Labis jam 2:00 pagi (hari Jumaat 26 Ogos) selepas bertolak dari Shah Alam dalam pukul 10:30 malam.


Kemeriahan suasana petang dan malam raya mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak...dan tentunya saya seronok melayan anak-anak. Paginya saya ke Pekan Rengit...kesibukan Pekan Rengit dengan peniaga-peniaga yang menjual daging lembu dan keperluan hariraya mengimbau kenangan silam bersama arwah Abah...selalunya di sinilah tempat kami berbelanja membeli ayam dan daging serta keperluan masakan yang lain...dan kali ini saya pergi bersendirian...tanpa disedari kenangan itu mengusik hati dan perasaan hingga bercucuran airmata kerinduan. Al-Fatihah untuk Arwah Abah...


Dah nama budak-budak...parit yang besar satu ketika dulu tempat kami bermain dan bergodak...di situ juga dia orang nak main...mula-mula jenguk aje...lepas tu main baling batu dalam parit...dan seterusnya saya turun dan ajak dia orang sekali...ni lah penangan teringat masa kecil-kecil dulu..."syyhhhh...jangan bagi tau mak atok eh...nanti kena marah..." he..he..he..


nampak tak anak ikan tu...


apsal main baling batu tu ahhh...tu yang monyok aje tu...



jom...cape nak ikut Abah turun...



kalau tak berdentam berdentum,pasang pelita dan bunga api...bukan balik kampung namanya...




Yang ini adik beradik saya...sebelah kiri gambar,kakak saya sekarang tinggal di kampung dah beli rumah dan menetap di sini...yang hensem baju hijau tu cape dapat teka nama dia dapat duit raya..cepat sms ke 696969...yang tengah-tengah tu adik saya...anak-anak saya panggil dia Odeh...beliaulah yang rajin menguruskan makan-makan dan masak-masak bila kami berkumpul...rumah dia depan rumah mak saya tu (yang gantung bendera Malaysia...)...yang pakai songkok haji tu adik lelaki saya sekarang menetap di Bangi...kerja di Bukit Aman dan yang hujung adik saya yang baru pindah ke Shah Alam (Maybank).

Petang nak raya...anak-anak saya semua sibuk dan menyibuk di dapur...saya cakap pada Ayong anak saya yang tua..."tugas Abah masa kecik-kecik dulu petang raya ialah siang daging untuk dimasak...sekarang Ayong pulaklah..."yang anak dara sebelah Ayong tu...dah penat main masak masak dengan daun-daun kering dan batu-batu...entah apa yang dimasaknya tak tahulah...


Yang bongsu ni..letak atas meja je...abis nak diramasnya dan dimasukkan ke mulut ketupat-ketupat tu..lapar agaknya...mentang-mentang lah tak puasa...he..he..he


Ni album famili bersama emak saya...Puan Hajah Fatimah Binti Hj. Mastan


Tema raya tahun ni serba hijau...



Inilah gambar keluarga raya 2011. Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin.