Friday, March 25, 2011

FARENA ALESYA

FARENA ALESYA...CAHAYAMATA KAMI YANG KE - 6
Apabila isteri memberitahu ia mengandung, saya amat gembira dan bersyukur. Bagaimanapun ada juga perasaan risau bila mengenangkan beliau pernah keguguran tiga kali dan umurpun semakin meningkat. Hampir setiap hari saya berdoa agar beliau serta anak yang dikandungnya sihat. Ketika kami diberitahu oleh doktor semasa membuat rutin pemeriksaan bahawa plasentanya berada di bawah rahim, hati saya teramat risau walaupun riaksi dan perlakuan saya nampak biasa dan terkawal. Tambahan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku sebagaimana yang diterangkan oleh doktor amat mendebarkan tambahan faktor usia dan keguguran yang pernah dialaminya. Setiap kali lepas solat, kepada Allah s.w.t saya berserah...
PUSAT PERUBATAN UMRA DI SEKSYEN 13 SHAH ALAM
BILIK-BILIK
BILIK PEMBEDAHAN
RUANG MENUNGGU
Alhamdullilah...12 Mac 2011, kami dikurniakan FARENA ALESYA. Lahir jam 11.08 pagi dengan berat badannya 3.25kg. Kelahiran melalui pembedahan. Bersempena dengan cuti sekolah, kelahirannya amat ditunggu-tunggu oleh abang-abang dan kakak-kakaknya.

Fitri Hanafie dan Fareha Syuhada
Fikrie Aiman dan Faresya Zulaikha
Fateha Syahera

Semasa menghantar isteri ke Pusat Perubatan Bersalin UMRA di Seksyen 13 Shah Alam, Ika dan Achik (dulu saya panggil baby atau Julia) ikut sama. Tak sabar mereka nak melihat 'Ucu' (panggilan untuk Farena sejak dalam kandungan lagi). Kami ditempatkan di Bilik No 3 yang mempunyai 2 katil. Apabila isteri di bawa ke tingkat atas untuk pembedahan, saya, Ika dan Achik diminta menunggu di ruang tamu tingkat tersebut. Saya berdoa dan terus berdoa agar semuanya berjalan lancar...hingga bergenang airmata memohon dan merayu kepada Nya agar semuanya selamat dan berjalan lancar. Pembedahan untuk mengeluarkan bayi saya rasa berjalan dalam masa 8 minit bila saya mendengar bunyi bayi menangis dan minta Ika dan Achik check dari bilik mana bunyi suara baby tu. "Dari bilik mama Abah.." kata Ika. Syukur...Alhamdullilah...15 minit selepas itu kami dipanggil masuk sekejap untuk melihat baby. Isteri saya masih belum keluar dan kami menunggu semula diruang tamu lebih kurang 45 minit selepas melihat baby. Sementara menunggu proses pembedahan selesai, saya mms kan gambar baby yang diambil kepada kaum keluarga dan rakan-rakan untuk berkongsi kegembiraan ini. Selepas selesai proses pembedahan, kami kembali ke bilik No.3 dan malamnya saya, Ika dan Achik bermalam di Pusat Perubatan ini.



Walaupun telah masuk anak ke 6, seronoknya macam baru dapat anak pertama . Mungkin sebab umur dah bertambah lanjut dan kami dikurniakan Allah rezeki ini...Alhamdullilah. Amin...