Monday, May 17, 2010

SINGAPURA

Saya ke Singapura, menghadiri seminar Strategic Workforce Mobility for Talent Development and Retention di Shangri La and Traders Hotel, Cuscaden Road bermula 18 hingga 19 Mei 2010. Hampir 25 tahun saya tidak ke Singapura. Seingat saya last sekali masa dengan rakan-rakan UUM, Amzam, Sofiee, Manaf, Abu Hassan dan Shahruddin.
Ia mengingatkan kenangan saya dengan arwah Abah. Semasa kecil dulu, beliau sering membawa kami ke Singapura. Tempat-tempat seperti Arab Street, Geylang Serai, Woodlands, Pulau Sentosa adalah tempat yang biasa dikunjungi waktu itu...satu lagi tempat ialah kawasan patung-patung China. Saya adik beradik panggil Hoban Ho...tak tahu kenapa..memang itu agaknya nama tempat tu...Semasa dalam perjalanan dari Changi Airport ke hotel...saya jadi sebak dan bergenang airmata teringatkan arwah Abah...
Masa yang terluang saya gunakan untuk meronda dengan train (MRT)...lebih mudah, cepat dan murah berbanding dengan teksi. Tempat pertama yang saya tuju ialah Arab Street...teringatkan baryaninya dan murtabak dan di situlah Abah selalu bawa kami makan selain di Geylang Serai.


Saya sempat solat di Masjid Sultan, berhadapan dengan restoran Zam-zam Baryani.


Perjalanan menaiki train ini mengingatkan saya semasa di Kota London. Cumanya masa tu saya ada En. Zulkifli Suhaimi dan Mr.Iftikar..kali ni saya bersendirian. Staf hotel dan mereka yang saya jumpa amat membantu dan pergerakan saya jadi lancar dan mudah.