Wednesday, July 29, 2009

AISHAH RAIDAH

Fairuzah dan Aishah
Aishah Raidah adalah mentee saya. Semasa saya di UiTM Johor bila dapat senarai mentee AR yang di bawah saya, nama beliau tersenarai. Seorang yang simple dan mudah berurusan dengannya. Baru-baru ini beliau tersenarai antara AR yang akan terlibat dengan pertukaran dan akan bertukar ke INeD.
Fairuzah, Huzaifah dan saya meraikan Aishah pada sesi minum petang di Kenny Rogers Plaza Alam Sentral. Semoga Aishah terus cemerlang di tempat baru.

Saturday, July 25, 2009

KENDURI KESYUKURAN

Alhamdullilah...emak keluar dari hospital pada 22 Julai lalu. Yen dan Idah yang ambil emak di hospital. Saya terharu atas keprihatinan mereka yang memahami keadaan saya yang baru ditukarkan ke Shah Alam ini. Sebagai anak lelaki yang tua, saya berasa bertanggungjawab sepenuhnya kepada emak sejak abah tiada. Atas pertimbangan mereka, kesemua tugas semasa emak dibedah diusahakan oleh mereka berdua. Kak Nor mengambil giliran tugas menjaga emak bergilir dengan Yen dan Idah sebagaimana Sham dengan saya menjaga Abah semasa dirawat di hospital yang sama dulu.

Malam ini diadakan kenduri kesyukuran di Ayer Baloi. Walaupun sederhana, ramai juga sanak saudara yang menjengok emak.
Emak tentu gembira dan seronok walaupun belum sembuh sepenuhnya.

Saturday, July 18, 2009

SYUKUR



Emak selamat dibedah. Tapi dia kelihatan letih berbanding pembedahan pertamanya dulu. Dia dibius penuh. Selepas pembedahan, Idah adik saya yang giliran menjaganya pada hari pembedahan memberitahu emak kelihatan penat dan 'mamai'. Satu persatu nama anak-anaknya disebut. Yang saya menjadi sebak...dalam keadaan tak berapa sedar tu, dia kelihatan seolah-olah mencium pipi kanan dan kiri serta menyebut nama anak saya, baby (Julia). 'Sim card handphone' saya pulak rosak. Sepanjang hari 'no network access'. Malam lepas maghrib baru ok dan saya telefon emak. Dia sebak..pembedahan kali ini sakit berbanding sebelumnya. Dia bertanyakan baby...tapi katanya budak-budak tak boleh naik tengok dia.
Hari ini saya bawa isteri dan anak-anak tengok beliau di hospital. Julia, Ika dan Abang Uda tak boleh naik, tinggal di bawah dengan Bibik Ipah. Adik-adik dan kakak saya juga ada cuma Sham adik saya yang di KL tak dapat balik. Emak dah mula segar sikit walaupun nampak letih. Syukur Alhamdullilah...semoga Emak cepat sembuh...

Wednesday, July 15, 2009

PEMBEDAHAN KALI KEDUA

Hari ini emak akan ke Hospital Pakar Sultanah Aminah Johor Bahru untuk pembedahan kali kedua tetapi lututnya yang di sebelah kiri (sebelum ini di sebelah kanan). Jika tekanan darahnya terkawal (beliau tekanan darah rendah) pembedahan akan dilakukan pada hari Khamis ini. Saya telefon beliau dan mendoakan agar semuanya selamat cumanya dia kata walaupun untuk kali kedua...perasaan takutnya masih ada.

Saya bersyukur adik saya Yen dan Idah dapat menguruskan pendaftaran Emak dan seterusnya menunggu dan menjaganya semasa di Hospital. Kebiasaannya saya akan menguruskan pendaftaran dan membawa Emak ke Hospital. Kalau ikut perancangan bulan lepas (Jun) saya sepatutnya membawa Emak bercuti ke Kelantan (dah kena tukar nak buat camne)...destinasi percutian yang dah jadi rutin tahunan kami sekeluarga..Semasa hayat Abah, mereka selalu ke sana. 'On the way back' kami akan singgah bermalam di Trengganu dan Kuantan.

Semoga Emak selamat menjalani pembedahan dengan tenang dan sihat sejahtera. Lepas tu kita gi Kelantan eh...

Monday, July 13, 2009

MESYUARAT BAHAGIAN

Hari ini kali pertama saya mengadakan mesyuarat secara rasmi dengan staf saya di Bahagian Pengurusan Perjawatan (Akademik). Untuk sesi mesyuarat yang akan diadakan secara bulanan, ia akan diteruskan dengan amalan yang ada sebelum ini iaitu antaranya sesi perkongsian di mana semua staf akan diberi ruang untuk sesi perkongsian ilmu berkenaan tajuk yang mereka rasakan perlu untuk dikongsi bersama. Dan pada hari ini giliran Ani, Jurutaip kami dengan tajuk Masa. Satu penerangan yang jelas dan yakin walaupun diperingkat beliau mungkin belum pernah menyampaikan tazkirah seumpamanya.
Dikesempatan ini juga diadakan majlis perpisahan En. Saffwan, Pegawai Eksekutif kami yang akan bertukar ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Shah Alam. Saya ucapkan selamat bertugas di tempat baru dan semoga perubahan tempat bertugas membawa hikmah untuk kerjaya yang lebih cemerlang. Amin...

Saturday, July 11, 2009

JAMUAN ANJURAN PEMANDU UiTM JOHOR

En. Khairul balik tak hujung minggu ni ? Tanya Farid pemandu UiTM Johor. InsyaAllah balik...jawab saya ringkas. 'Syukur Alhamdulillah..' katanya. Rupanya hujung minggu mereka dah merancang untuk mengadakan jamuan untuk saya, Dan kebetulan hujung minggu kali ni tak ramai pemandu UiTM Johor yang 'outstation' atau ada urusan. Saya rasa terharu. Satu penghormatan dan saya amat menghargainya.
Saya difahamkan hampir RM 500 ringgit kutipan yang dibuat untuk majlis ini di kalangan mereka. Pemandu UiTM Johor mempunyai tabung yang mereka wujudkan sendiri selain kutipan khas untuk majlis sebegini. Mereka juga satu-satunya kumpulan yang menubuhkan tabung 'khairat' yang dibuat secara muafakat...dan diberikan kepada keluarga pemandu Cawangan lain yang meninggal dunia. Sepanjang perkhidmatan saya di Johor, antara kenangan manis bersama mereka ialah apabila mereka berjaya mengadakan majlis berbuka puasa bersama Pengurusan UiTM Johor dan urusan majlis ini yang diadakan berhampiran rumah pemandu diuruskan sepenuhnya oleh mereka...
Terima kasih kepada semua pemandu UiTM Johor. Selamat Maju Jaya.

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Hari ini keluarga mentua saya mengadakan majlis kenduri kesyukuran. 3 dalam 1 dan diadakan 2 sesi...lepas zohor untuk kumpulan yasin perempuan dan lepas maghrib untuk jemaah masjid. Emak dan adik saya juga datang pada sebelah petang dari Ayer Baloi. Terima kasih juga pada Prof. Kamil dan Pn. Roza serta Ustaz Zaluddin dan Kak Ayu yang sudi hadir.

Hadiah untuk Alia
Majlis ini adalah sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mertua saya, 'birthday' Alia dan kesyukuran untuk Pakcik Dollah. Terima kasih Emak dan Abah atas kasih sayang yang diberikan kepada kami sekeluarga. Terima kasih juga kerana membantu kami, menjaga dan melayan karenah anak-anak kami...apatah lagi buat masa ini Zura (isteri saya) belum dapat pindah dan Ayong akan menduduki peperiksaan PMRnya. Bantuan dan pengorbanan kalian tidak akan kami lupakan. Kami doakan semoga kalian sihat sejahtera dan sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t.

Friday, July 10, 2009

PROGRAM CERIA 2

Tema: Merah Hitam
Kali kedua saya menyertai program ceria Pejabat Pendaftar. Pagi ni betul-betul ceria. Sebabnya banyak lagu-lagu yang mengiringi senaman hari ni merentasi zaman...dari muzik zaman 60an hinggalah ke era 2000. Yang perempuan nampaknya rancak dan bersungguh-sungguh. Yang lelaki malu-malu kucing nak goyang badan. Henjut sikit-sikit aje ...'control macho'..Apa-apa pun respek kat Huzaifah dan Bro Rahman...pulun habis...joget 60an...makanan...
Belon pun merah hitam
Tn. Badar dan Haji Jamal
(Alumni UiTM Johor..he..he)
Sesi regangan dengan lagu 'Afghan-Terima Kasih Cinta' (thanks Pn. Khairul Bahriyah kerana beri lagu tu) memang mengasyikkan...sesuai rasanya lenggok dan 'step' tarinya untuk 'release tension'...dan sesuai untuk saya ajar dan ajak Ika dan Julia (baby) ikut serta nanti. Takpun dengan mamanya...he..he..he
Rasanya program sebegini amat sesuai dilaksanakan. Selain senaman, ukhuwah dan yang pentingnya semangat kerjasama khususnya penganjur yang digilirkan setiap bulan..mereka kelihatan bersungguh-sungguh sebagai 'host'. Tahniah Bahagian Perkhidmatan Psikologi. Giliran Bahagian Perjawatan 'next year'...lama lagi...
Betul-betul ceria