Thursday, August 21, 2008

'THE LEGEND' TEWAS BERMARUAH 6-3

Sebabnya... 80% pemain 'The Legend' adalah pemain 'senior' dan kurang bersukan..(pasukan -pasukan sebelum ini setara atau lebih sedikit daripada 'The Legend' yang diketuai Pengarah). Pemain lain yang turun ialah Timbalan Pendaftar, Pegawai Keselamatan, Koordinator Program, Pegawai Perubatan, Pegawai Kesatria, Pegawai Sukan, Koordinator Korporat, Pen.Peg.Penerbitan, Pengurus Unimart dan beberapa pemain import manakala pasukan HEP yang menggelar pasukan mereka 'The Reds' bersungguh-sungguh menurunkan pasukan terkuat dan berazam tinggi membelasah 'The Legend'. 95% pemain mereka ialah sememangnya pemain bolasepak UiTM ataupun mereka yang masih aktif bersukan berbanding dengan 'senior' The Legend' yang turun secara mingguan ini. Sebelum perlawanan bermula, saya menjangkakan 'The Legend' akan dibelasah 6-0 paling kurang, tetapi semangat juang 'agi idup agi ngelaban' menyebabkan 'The Reds' tersentak apabila The Legend satu ketika mengikat kedudukan 1-1. Ternyata 'The Reds' mempergunakan sepenuhnya khidmat pemain ternama UiTM En. Saim yang digunakan di segenap ruang sebagai penyerang dan pertahanan 'The Reds' dengan dibantu oleh Din Kecik, Angah, Sham dan Acup serta barisan tenaga 'muda' yang lain. Apapun jaringan 3 gol oleh 'The Legend' menggambarkan jaringan bermaruah dan 'The Legend' bukan kecik anak atau pasukan belasahan. Tahniah untuk 'The Legend' kerana tewas bermaruah.
Pengurusan 'The Legend' juga telah memutuskan untuk membeli En. Saim daripada 'The Reds' dan perbincangan sedang dijalankan. Kemungkinan En. Saim akan diturunkan dalam perlawanan menentang Kampus Bandaraya Johor Bahru minggu depan.

Tuesday, August 19, 2008

BERCUTI - JAGA ANAK

Hari ni bercuti sehingga besok. Isteri berkonferansi di Puteri Pasicific Johor Bahru- International Accounting and Business Conference anjuran UiTM Johor. Sementara isteri berkonferansi, anak-anak dengan saya...masa cuti ni lah dapat berkumpul dengan mereka..maklumlah yang tua di asrama, 2 duduk dengan Atuk dan 2 lagi yang kecil duduk dengan kami.. bila mereka dah berkumpul macam-macamlah karenah...sampai anak yang kecil (umur 1 tahun 5 bulan) boleh tahan lasaknya..suara dia je yang lebih walaupun belum pandai bercakap...(yang bulat bila dia sebut ABAH..tu yang mamanya jealous tu). Dia orang sibuk nak tengok cerita SUSUK di Pawagam. Lepas bawa mereka makan di City Square JB, tengok cerita SUSUK termasuklah juga si kecik tu...sempat pulak dia 'memerut' dalam panggung, semerbak harumnya..patutlah bila nak diriba dia tak nak...ke hulu ke hilir dia berjalan, yang abang dan kakaknya khusyuk tengok SUSUK...buat tak tahu je hal adiknya..Sampai di hotel Pengarah ada kat lobi, balik bilik kemas si kecik tu, pesan ayong suruh tengok adik-adiknya lepas tu ke lobi sembang dengan Pengarah. Kalau sembang dengan bos dah tentu hal ehwal kerja mesti ada dan tak lupa juga 'tazkirah' nya yang boleh dibuat pedoman...bos puasa hari ni...dia ajak join berbuka (bila lah nak rajin puasa Isnin, Khamis ni..).. 7:30 dengan famili dan bos serta isteri dan rakan dari Fakulti Perakaunan 'teman' bos berbuka puasa..sate, murtabak, sop, mee bandung, nasi goreng paprik antara menu yang di order...Terima Kasih Bos.. Lepas makan kami terus ke Taman Universiti berhampiran UTM Skudai, cari sofware komputer..kat sini boleh kata syurga software..

Saturday, August 16, 2008

JAMUAN

Bila pindah pejabat 'baru' ni..berkumpul dan duduk dekat-dekat, nampak lagi mesra semuanya. Bersemangat staf berbincang antara mereka nak 'pot-luck' bawak makanan bagi memeriahkan suasana kerja...berkumpul dan makan sama-sama. Mungkin sebagai ubat penenang hati sementara menunggu pejabat 'baru' siap sepenuhnya (harap-harap siap sebagaimana dimaklumkan iaitu 'sebulan') . Hari Rabu 13 Ogos hari tu Pengarah menjemput staf Pentadbiran untuk ke rumahnya makan tengahari. Pengarah memang kerap menjamu staf di rumahnya (Villa Firdaus) dan kali ni turn Bahagian Pentadbiran. Balik dari jamuan tu lah kami berbincang masa gotong royong nak buat jamuan 'pot-luck'. Masa gotong royong hari tu saya bawa kurma daging dan roti, sebelum ni musim durian Puan Jaja kerap bawak bubur durian, begitu juga Puan Zaini,Che Ngah bawak rambutan dan durian dari Kompleks Penghulu (maklumlah suaminya penghulu) Tini bawak buah pala jeruk..paling tidakpun kerepek dan goreng pisang panas mesti ada...hari ni Jaja beli goreng pisang..nampak dah ada biskut kering dan teh sabah dah siap dibancuh...terima kasihlah kepada yang menyediakannya...

SUASANA "PEJABAT BARU"






















Friday, August 15, 2008

BERPINDAH KE PEJABAT SEMENTARA

Khamis, 14 Ogos...hari ni pejabat kami berpindah ke Pejabat sementara di Bilik Mesyuarat Utama kerana pejabat sedia ada akan dinaiktaraf. Operasi yang dijalankan selama 2 hari betul-betul di luar dugaan...En. Norman (Juruteknik) memberi kami tempoh seminggu untuk berpindah dan beroperasi di Bilik Mesyuarat Utama (BMU) tapi kami dapat segerakan. Mungkin semangat sukan olimpik agaknya. Ini semua hasil kerjasama staf Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Fasiliti. Terima kasih tak terhingga daripada saya. Dah tentunya bila dah siap pindah kerja kena jalan seperti biasa. Walaupun berkumpul di BMU ini agak padat dan kurang selesa, tiada alasan yang harus diberikan dalam memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin. InsyaAllah, dijangka lepas raya kami dapat beroperasi semula di pejabat 'baru' .

Thursday, August 14, 2008

'THE LEGEND' CAPAI KEPUTUSAN SERI

Perlawanan bolasepak antara pasukan Pengarah berlangsung lagi hari ni..pasukan yang mencabar The Legend ialah gabungan staf Pejabat Bendahari dan Perpustakaan (dan mereka kebanyakannya memang orang yang sentiasa bersukan)...dan The Legend seperti biasa kekal dengan pemain yang biasa dan diketuai oleh Pengarah Kampus. Pemain-pemain lain yang turun ialah Timbalan Pengarah HEP, Timbalan Pendaftar, Pegawai Sukan, Koordinator Korporat, Pegawai Keselamatan, ARHEP, Kaunselor, Pegawai Kesatria,Pegawai Kebudayaan, Koordinator dan beberapa pemain import. Walaupun ketinggalan 1-0, The Legend dapat menyamakan kedudukan dan sehingga minit-minit terakhir sentiasa menyerang walaupun pemain-pemain 'senior' (pemain utama lah tu) silih berganti keluar masuk. Sepakan En. Sulaiman Kaunselor mencemaskan pasukan lawan apabila bola terkena palang dan sepakan Timbalan Pengarah HEP (penyerang utama) tersasar hanya beberapa inci di saat-saat akhir. Tahniah untuk The Legend. Menurut Pegawai Sukan jadual untuk perlawanan The Legend sebelum bulan puasa difahamkan penuh . Nampaknya, pasukan lawan bersungguh-sungguh nak kalahkan The Legend. 2 lagi perlawanan yang akan menyusul sebelum puasa ialah dengan Staf HEP dan Staf Kampus Bandaraya Johor Bahru (Kampus Larkin yang diketuai Koordinatornya Dr Ahmad Che Yaacob). Saya sempat berbisik pada Pegawai Sukan, "aturkan lah main kat Stadium Larkin..."

Wednesday, August 13, 2008

PAK PIN KENA CHIKUNGUNYA

Musim...ramai kena demam chikungunya..yang pastinya ramai tak betul nak sebut dan jadi mainan sebutannya pun ada...sedikit fakta demam ni:
Simptom penyakit demam Chikungunya antaranya ialah demam yang mencecah 39 darjah C, keradangan biasanya digambarkan sebagai petekia atau makulopapular biasanya membabitkan kaki-tangan dan badan, dan artralgia atau artritis menyerang pelbagai sendi yang boleh melumpuhkan sekiranya teruk. Terdapat juga sakit kepala, jangkitan conjunktiva, serta sedikit fotopfobia. Ujian serologi untuk Chikungunya terdapat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
Mula-mula difahamkan orang rumah Pak Pin kena...lepas tu Pak Pin dah mula demam. Semalam dan hari ni Pak Pin MC. Tadi pagi tengok dia ke pejabat (semak tempahan kenderaan)..mungkin antibodinya kuat walaupun ada juga bintik kemerah-merahan sikit..semangat nampaknya Pak Pin nak berkemas pindah ke pejabat sementara di Bilik Mesyuarat sementara tunggu pejabat siap diubahsuai.. Lepas ni Pak Pin kena aturkan program makan Pizza Hut ngan staf...dan lama terhenti ni..

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS TINI , TERIMA KASIH ZAKILAH

Hari ini, Puan Ku Hartini kerani Bahagian Pentadbiran kembali bertugas selepas cuti bersalin baru-baru ini. Terima Kasih Puan Zakilah atas khidmat baktinya menanggung kerja sepanjang tempoh cuti Tini. Tahniah kerana dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang dan tahniah untuk Tini kerana mendapat cahaya mata dan sempat menyelesaikan (update) kerja-kerjanya sebelum cuti bersalin. Hari ini juga, staf sibuk bergotong royong pindah ke Pejabat sementara di Bilik Mesyuarat kerana pejabat sedia ada akan dinaik taraf. Tini 'bernasib baik' kerana dapat sertai gotong royong ini...

ANAK EN. HUSSIN MASUK HOSPITAL PANTAI, MELAKA

Anak En.Hussin Nur Atirah telah dibedah kerana didapati terdapat 'Appendix' dan ditempatkan di Hospital Pantai Melaka. Tengahari tadi, saya dan isteri serta Puan Jaja dan Puan Zaini meluangkan masa sebagai wakil pentadbiran melawat En. Husin dan keluarganya yang 'berkampung' dah 2 malam di Hospital berkenaan. Menurut En. Hussin, anak perempuannya yang belajar di Tingkatan 2 MRSM Mersing mengadu sakit perut dan beliau membawa anaknya di dua buah klinik yang mengatakan anaknya cuma kena 'angin' saja. Lepas balik dari majlis perkahwinan Shahnaz, En. Hussin terus membawa anaknya ke Klinik Zohar (panel UiTM) dan juga disahkan sebagai 'angin' oleh Doktor gantian yang bertugas. Malam keadaan bertambah serius...anaknya mengadu sakit perut dan mukanya pucat...terus En. Hussin bawa ke Hospital Pantai di Melaka. Tak sampai 5 minit Doktor terus arah anaknya dibawa ke Dewan Bedah dan mengesahkan pembedahan Appendix akan dibuat ke atas anaknya dan pembedahan berjalan selama sejam.
Ketika kami sampai, Atirah kelihatan letih dan sukar bergerak kerana kesakitan di tempat yang di bedah. Saya sempat 'tapaukan' En. Husin dan Pn. Midah nasi baryani sebelum ke Hospital dan saya bagi tau kat ahli rombongan, "korang tengok ye...En Hussin mesti kata aku baru tergerak nak makan nasi baryani tengok kau dah bawakkan...''.. dan ayat itu lah keluar dari mulut En. Hussin bila kami sampai..
Sahlah kami dari spesis yang punya selera makan yang sama...

Sunday, August 10, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU SHAHNAZ

Hari ini ke rumah Shahnaz, EO Pentadbiran yang melangsungkan perkahwinannya dengan staf Bahagian Fasiliti, UiTM Johor saudara Nik Farihan. Tahniah di ucapkan...memang betul kata sesetengah staf, ramai pasangan suami isteri yang bekerja di UiTM Johor ni... Rasanya lebih 30 pasangan...Pengarah, Timbalan Pengarah (HEA), Timbalan Pendaftar, Timbalan Bendahari, Timbalan Ketua Pustakawan, Pensyarah dan kakitangan kumpulan sokongan...dan Syanaz dengan Nik dah tentunya ahli baru kelab ini..! Tahniah dan selamat pengantin baru kepada Nik dan Naz (ikut papan tanda tunjuk arah ke rumah Shahnaz)...

Sampai di Taman Sri Lambak, Kluang Johor jam 12:00 tengahari. Munir dan Atuk ada sekali. Berselisih jalan dengan Pengarah di Simpang Renggam, beliau 'on the way' dari rumah Shahnaz ke Kampus Larkin sebagai ahli panel Forum bersama Dato' Noh Gadut, Mufti Johor. Masa nak balik Pn. Jaja baru sampai. Ingat nak bergambar sekeluarga dengan Shahnaz, tapi pengantin tengah bersolek tak siap lagi... takpelah...tak nak ganggu pengantin, gambar dengan ibubapa pengantin pun dah ok..

Thursday, August 7, 2008

AKSI 'THE LEGEND' 3

F. Barisan pemain 'The Legend' yang sentiasa bersedia..'Agi idup, agi ngelaban'
G. Gaya minum mesti macam pemain Pro
H. Merancang strategi...separuh masa kedua

AKSI 'THE LEGEND' 2

D. Dulu ibarat kelapa tua,tapi sekarang khasiatnya macam minyak kelapa dara. Itulah 'The Legend'...
E. Semasa lawan pelajar baru...macam team EURO..pergi padang dengan bas dan Escort oleh trafik kampus

AKSI 'THE LEGEND' 1

A. Penjaring utama The Legend
B. Gaya Pro pemain sayap
C. Ada pemain Import dari Portugal (3 dari kiri)

PASUKAN BOLASEPAK PENGARAH - 'THE LEGEND'

Bermula dengan penubuhannya semasa Minggu Mesra Siswa baru-baru ini, Pasukan Bolasepak Pengarah - 'The Legend' telah mengorak langkah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan dalaman dan sehingga kini pasukan 'The Legend' telah mengekalkan rekod tanpa kalah (sehingga perlawanan petang tadi dengan menewaskan pasukan Pensyarah 3-0). Rekod sebelum ini menewaskan pelajar baru 3-1, pasukan Keselamatan dan Pemandu 6-3, Fasiliti 3-1 dan team campuran (gol kecik) 5-4.

Pemain tetap pasukan ini terdiri daripada Pengarah,Timbalan-timbalan Pengarah, Timbalan Pendaftar, Timbalan Bendahari, Pegawai Keselamatan, Ketua Program, Ketua Unit HEP, Koordinator Korporat, EO dan beberapa pemain import. Yang pastinya aktiviti yang diadakan pada setiap petang Rabu ini telah mengumpulkan tidak kurang daripada 50 staf pelbagai Gred untuk berkumpul dan menjalinkan ukhuwah disamping semangat kesukanan yang tinggi di kalangan mereka. Penjaring utama 'The Legend' ialah Prof. Madya Zaluddin Sulaiman (TP HEP) yang hampir melakukan 'hattrik' ketika bertemu team Keselamatan dan Pemandu. Beliau juga mendahului senarai penjaring terbanyak dengan 4 gol setakat ini.

Wednesday, August 6, 2008

SEPATUTNYA BERCUTI HARI NI

5 Og0s adalah tarikh yang telah ditetapkan untuk Mak (ibu) masuk ke wad untuk pembedahan lututnya..dan patutnya hari ni bercuti untuk bawa Mak ke Hospital Pakar Sultanah Aminah Johor Bahru. Dapat call dari Yen (adik) memaklumkan pembedahan ditangguhkan ke 9 September (bulan puasa) kerana masalah teknikal.

Mak mengidap sakit lutut (rheumatoid arthritis) dan menyukarkan pergerakannya. Pergerakan nya sekadar sekitar rumah. Kalau bawa bercuti dah tentu kerusi rodanya di bawa sekali..dan tempat percutian yang digemarinya ialah Kota Bahru Kelantan..menyusur terus ke Kuala Trengganu dan sambung bermalam di Cherating atau Kuantan. Semoga lepas pembedahan ni nanti Mak bertambah sihat dan pulih kakinya...dapat berjalan seperti biasa... InsyaAllah..

Tuesday, August 5, 2008

AR BARU

Selamat datang saudara Mohd Fadil bin Yusof, Penolong Pendaftar baru yang ditempatkan di Bahagian HEA (lihat gambar senarai AR di sebelah). Beliau merupakan lulusan UiTM dalam bidang HRD dan mendaftar pada 1 Ogos 2008 (saya tiada di Kampus kerana urusan lawatan tapak Kampus di Pasir Gudang hari Jumaat lalu)
Saya panggil beliau ke Pejabat untuk berkenalan dan tentunya nasihat berdasarkan pengalaman yang ada. Tengahari bawa Fadil yang lebih senang dipanggil Bob makan tengahari. En. Khalid masih cuti berbulan madu hingga 7 Ogos. Bob sempat juga ikut rombongan bas Staf HEA ke majlis perkahwinan En. Khalid di Temerloh. Shaiful 'outstation'...hari Jumaat hari tu Pn.Jaja dah uruskan lapor diri Bob dan penginapan sementara beliau. Bob akan ditempatkan di Bahagian HEA dan bekerjasama dengan Khalid selepas Khalid balik dari cuti bulan madunya.
Untuk Bob, selamat datang ke UiTM Segamat, semoga cemerlang berkhidmat untuk anak bangsa...

Monday, August 4, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU

Hari ni bawa keluarga ke Temerloh, Pahang kerana menghadiri majlis perkahwinan AR HEA En. Khalid. Majlis diadakan selama 2 hari. Semalam di Hotel Seri Malaysia Temerloh, hari ni di Kampung Pangsenam, kampung halaman En.Khalid. Lebih kurang 2 jam setengah perjalanan dari Segamat ke Temerloh. Hj. Yusri Timbalan Pengarah HEA dan keluarga juga hadir hari ni. Semalam staf Bahagian HEA satu bas dari Segamat. Saya tak dapat datang semalam (Sabtu) kerana ada program bersama Pengarah di Kampus.

Sampai di Kampung Pangsenam pukul 11:30 pagi. Dijamu dengan masakan kampung...sedap dan menyelerakan...ada umbut, ikan kering, daging kerbau..fuh..tengah lapar pulak tu...Pengantin tiba lebih kurang jam 1:00 tengahari...sempat kami sekeluarga dan Tn. Hj. Yusri bergambar dengan pengantin...Untuk En.Khalid, semoga berbahagia hingga akhir hayat..SELAMAT PENGANTIN BARU..